Rakyat bertanggungjawab pertahan perlembagaan negara – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap rakyat negara ini bertanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan negara. Tunku Ismail berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan pengguna laman sosial Twitter mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Tunku Ismail berkata, tanggungjawab itu juga merujuk kepada perlembagaan negeri dan […]

Tidak perlu berhimpun bantah ICERD

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Samad, menegaskan tiada keperluan bagi perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di mana-mana negeri. Ini kerana kerajaan masih belum memutuskan sama ada ingin meratifikasi konvensyen berkenaan sehingga ada pihak yang ingin mengadakan himpunan raksasa bagi membantah perkara itu. “Saya hairan mengapa ada […]

Hampir mustahil laksana ICERD

Papua New Guinea – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk me­laksanakan perkara itu. Ini katanya, hampir mustahil berikutan komposisi semasa ahli Dewan Rakyat daripada […]

Kerajaan perlu rujuk Majlis Raja-Raja sebelum ratifikasi ICERD

JOHOR BAHRU – Dewan Muda Johor (DMJ) membantah sebarang usaha untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). DMJ dalam satu kenyataan menggesa kerajaan untuk mengambil kira pandangan awam terutamanya orang Melayu dan Bumiputera sebelum meratifikasi konvensyen berkenaan. “Rujukan perlu dibuat kepada pakar-pakar Perlembagaan dan perundangan yang non-partisan, objektif serta berwibawa berkenaan […]

Rundingan awal ICERD Januari depan

PUTRAJAYA – Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan dimulakan Januari depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan memaklumkan sesi berkenaan akan dimulakan Januari tahun depan […]

Utamakan keadilan, bukan sama rata

PUTRAJAYA – Keadilan dalam sesuatu perkara hendaklah terlebih dahulu diutamakan berbanding hendak menyamaratakan semuanya. Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi dalam program Majlis Syarahan Perdana Kebangsaan :  Pendekatan Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia di pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari […]

Mufti Kelantan tolak segala isi kandungan ICERD

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menolak sekeras-kerasnya segala isi kandungan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk diterima pakai di negara ini. Tegas beliau, realiti dan hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak bahawa amalan di negara ini ternyata berbeza dengan negara Barat. Malah, Mohamad Shukri menempelak sesetengah […]

Orang gila sokong ICERD – Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya. Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi meratifikasi konvensyen antarabangsa itu merupakan alasan paling tidak munasabah […]

Tiada siapa mahu jejaskan Islam sebagai identiti negara

KUALA LUMPUR – “Tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti Malaysia”. Itu rumusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof selepas bertemu 34 orang yang mewakili 10 NGO Islam, wakil mahasiswa, ahli akademik dan peguam bagi membincangan isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum […]

Ratifikasi ICERD tidak belakangkan raja dan orang Melayu

KUALA LUMPUR – Usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan membelakangi Majlis Raja-Raja dan orang Melayu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, perkara tersebut sebaliknya akan dibuka kepada perbincangan bagi mengetahui pendapat dan isi hati masyarakat. Jelasnya, keputusan akhir berkenaan ICERD bergantung kepada pertemuan tersebut sebelum […]