Home » Langit Terbuka » Ratifikasi ICERD tidak belakangkan raja dan orang Melayu

Ratifikasi ICERD tidak belakangkan raja dan orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, ICERD akan dibuka kepada perbincangan bagi mengetahui pendapat dan isi hati masyarakat

KUALA LUMPUR – Usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan membelakangi Majlis Raja-Raja dan orang Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, perkara tersebut sebaliknya akan dibuka kepada perbincangan bagi mengetahui pendapat dan isi hati masyarakat.

Jelasnya, keputusan akhir berkenaan ICERD bergantung kepada pertemuan tersebut sebelum dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri.

“Kita akan bertemu semua pihak pada suku pertama tahun depan, tetapi apa yang saya katakan telah disalah tafsir sehingga ada pihak bimbang mereka tidak akan diberi peluang berbincang sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Ratifikasi tidak akan menjejaskan peruntukan Perlembagaan kita, sekiranya dipersetujui kita boleh melakukan pengecualian pada terma-terma tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli, di sini. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *