Home » Langit Terbuka » Orang gila sokong ICERD – Abdul Aziz

Orang gila sokong ICERD – Abdul Aziz

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi meratifikasi konvensyen antarabangsa itu merupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya.

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi meratifikasi konvensyen antarabangsa itu merupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka yang sokong ratifikasi ICERD ini orang gila! Ini konvensyen antarabangsa dan tidak semua perkara yang berlaku di negara lain boleh diamalkan di sini (Malaysia).

“Kita tak perlu terima konvensyen ini, malah tiada sebab untuk berbuat demikian sebab dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan turut menyentuh isu kesamarataan. Janganlah baca Perlembagaan negara itu sekerat-sekerat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Majlis Peguam dalam satu kenyataan mempertahankan ICERD dan mahu kerajaan meratifikasi konvensyen itu segera tanpa melakukan sebarang pengecualian.

Presidennya, George Varughese berkata, ratifikasi ICERD sama sekali tidak melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Jelas Abdul Aziz, sesuatu yang sia-sia jika kerajaa meratifikasi ICERD semata-mata tunduk dengan gesaan pihak-pihak berkaitan.

“Isu kesamarataan turut dirangka dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia lebih sesuai dengan sejarah kepelbagaian kaum di negara ini, jadi buat apa bersungguh sangat hendak terima ICERD ini?” soalnya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menempelak pihak yang cuba melaungkan istilah kesamarataan bagi menekan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.

“Berkaitan dengan kesamarataan ini, adakah semua orang sama? Adakah orang kaya dan miskin semua sama? Semua boleh menerima pendapatan RM10?” soalnya lagi. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *