Home » Langit Terbuka » Tiada siapa mahu jejaskan Islam sebagai identiti negara

Tiada siapa mahu jejaskan Islam sebagai identiti negara

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pertemuan hampir tiga jam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya malam tadi berlangsung secara harmoni dengan semua pihak melontarkan pandangan, cadangan dan kebimbangan sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR – “Tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti Malaysia”.

Itu rumusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof selepas bertemu 34 orang yang mewakili 10 NGO Islam, wakil mahasiswa, ahli akademik dan peguam bagi membincangan isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Mujahid, pertemuan hampir tiga jam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya malam tadi berlangsung secara harmoni dengan semua pihak melontarkan pandangan, cadangan dan kebimbangan sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD.

Jelasnya, beliau mendengar dengan teliti dan amat menghargai segala pandangan yang diberi oleh pihak yang hadir.

“Antara rumusan yang boleh saya buat berhubung pertemuan malam tadi ialah, tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti negara ini.

“Insya-Allah, selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, hasil pertemuan pada malam tadi akan dibawa kepada pihak berwajib agar penelitian dapat dilakukan,” kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid pertemuan tersebut selari dengan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar rundingan dilakukan terlebih dahulu sebelum menandatangani ICERD. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *