YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau

JEMPOL – Seramai 105 warga Felda Lui Timur, Muda, Selatan dan Kampung Jambu 8 Bahau, menerima terima sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempena dengan kempen Semarakkan Bulan Kemerdekaan Negara pada 28 Ogos. NGO berkenaan ialah Perpatih Truckers Community dan Sukarelawan Al Basith yang disertai oleh  Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Ibu Pejabat […]

Sumbangan untuk petugas SJR Kuala Muda

KUALA MUDA –  Prihatin dengan kebajikan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di tujuh Sekatan Jalan Raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyampaikan sumbangan di Sub-Tek EMCO Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Sebanyak 20 kotak air mineral, lima kotak air minuman dalam kotak dan lima kotak […]

Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai berada di negeri ini untuk pelbagai program menyantuni rakyat. Program pertama diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Millenium di sini pada jam 9.30 pagi. Di sini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering seperti biskut, roti, […]

Hari kedua Konvoi Kebajikan YADIM – RTM

KUDAT – Selepas menyantuni komuniti Dusun Bonggi di Pulau Banggi, para peserta Konvoi Kebajikan YADIM – RTM pada 9 Februari telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah  di sini. Pusat tersebut menempatkan seramai 20 anak anak yatim yang memerlukan pembelaan. YADIM telah menyampaikan sejumlah barangan keperluan harian bagi menyantuni para penghuninya. Para peserta rombongan […]

IPD Serdang serah peti dan papan kenyataan cegah jenayah di masjid

KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menganjurkan majlis penyerahan peti maklumat dan papan kenyataan kempen cegah jenayah bersama penduduk sekitar Puchong di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara 5, Puchong, dekat sini baru-baru ini. Program kemasyarakatan itu bertujuan merapatkan jurang antara masyarakat dan polis bersesuaian dengan tema peringatan Hari Polis ke 212, Polis Dan […]