Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau

YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau

JEMPOL – Seramai 105 warga Felda Lui Timur, Muda, Selatan dan Kampung Jambu 8 Bahau, menerima terima sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempena dengan kempen Semarakkan Bulan Kemerdekaan Negara pada 28 Ogos.

NGO berkenaan ialah Perpatih Truckers Community dan Sukarelawan Al Basith yang disertai oleh  Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Jempol, FELDA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang bergabung masuk ke kawasan FELDA dan kampung bagi menemui penduduk yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menerusi usaha ini, Pejabat Penerangan Daerah Jempol jugha membuat hebahan umum berkenaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bagi Negeri Sembilan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Sukarelawan Al Baasith dan YADIM Negeri Sembilan pula menyampaikan bantuan asas makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Dalam inisiatif ini, Perpatih Truckers Comunity menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi membantu membawa barang bantuan. Sebanyak 12 kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk tujuan tersebut.

Perjalanan program turut dilicinkan IPD Jempol yang membantu sepanjang perjalanan program.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *