Sembilan keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Pada hari sambutan Nuzul Quran, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Pada 29 April, sejumlah sembilan keluarga disantuni mereka di sekitar mukim ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan setiausahanya, Hanizah Sumiri. SAY Kuala […]

IRSYAD 360 YADIM Kedah di Kubang Pasu

JITRA – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) terus dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah. Terbaharu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Asrama Akhlak Perempuan Jitra, satu program diadakan pada 28 April bertujuan menyantuni penghuni pusat berkenaan. Ia dimulakan dengan slot Bicara Dakwah yang disampaikan oleh Da’i Humaira, Dai Pendakwah Milenia TV3. Program diakhiri […]

Program Kembara Tazkirah YADIM di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PUTRAJAYA – Kembara Tazkirah YADIM sempena program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan ke  Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri di sini pada 28 April. Kali ini selama sejam bermula 9.30 pagi, pegawai YADIM Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali, berkongsi mengenai tajuk Hikmah Dalam Kehidupan, yang menyentuh berkaitan dengan […]

YADIM Kelantan santuni pelajar Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas

BACHOK – Siri Ziarah kasih sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 28 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan menyantuni pelajar di Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas di Kampung Wakaf Zin di sini. Seramai 50 orang pelajar berumur antara 11 hingga 19 tahun sedang mengikuti pengajian tahfiz di sini. Bantuan […]

Bicara Agama Badan Beruniform Sempena IRSYAD 360

SUNGAI PETANI – Program Bicara Agama Badan Beruniform dengan pihak Kastam Diraja Malaysia merupakan pengisian terbaharu untuk Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) Kedah. Program itu diadakan di Dewan Ceria, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Kuala Muda di sini pada 28 April. Seramai 42 anggota jabatan itu menyertai program ini. Ceramah disampaikan […]

Imarah Ramadan YADIM Sabah: Program bersama PUSPEN dan warga Tanjung Aru, Wataniah Lok Kawi.

PAPAR – Program mengimarahkan Ramadan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar di sini pada 27 April. 300 penghuni PUSPEN dan 50 staff kakitangannya hadir. Turut hadir ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  Sabah, Abdul Hamidee Ibrahim dan Pengarah PUSPEN Papar, Roswati Apin. Antara pengisian program […]

Ceramah bersama AADK Timur Laut

GEORGETOWN –  Siri ceramah sempena Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 27 April. Kali ini bersama OKP (Orang Kena Pengawasan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pejabat AADK Timur Laut, Pulau Pinang. Program ini menyasarkan golongan OKP yang beragama Islam sempena kedatangan Ramadan. Ceramah diberikan oleh […]

Program Iftar & Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf  Dan Gelandangan

JOHOR BAHRU – Telah berlangsung program Iftar Dan Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf & Gelandangan di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara Zon Selatan pada 25 April. Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Selatan, Pertubuhan Johor Bahru Prihatin dan Perkim Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan […]

SAY Gua Musang santuni asnaf Nenggiri

GUA MUSANG – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 25 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Gua Musang dengan menziarahi asnaf  di Dewan Undangan Negeri Nenggiri. Sebanyak 15 keluarga miskin tegar disini telah disantuni. Bantuan barangan keperluan hariantelah diserahkan oleh Ketua SAY Gua Musang, Ustaz Muhd Khairuddin […]

Edaran bubur lambuk SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Kuala Langat pada 25 April telah mengadakan edaran bubur lambuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Sijangkang di sini. Program bermula awal pagi dengan kerja bergotong royong menyiapkan bubur lambuk oleh SAY Kuala Langat di kediaman setiausaha pasukan tersebut, Hanizah Sumiri di sini. Siap dimasak, ahli ahli SAY […]