Home » Citra Yadim » Imarah Ramadan YADIM Sabah: Program bersama PUSPEN dan warga Tanjung Aru, Wataniah Lok Kawi.

Imarah Ramadan YADIM Sabah: Program bersama PUSPEN dan warga Tanjung Aru, Wataniah Lok Kawi.

PAPAR – Program mengimarahkan Ramadan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar di sini pada 27 April.

300 penghuni PUSPEN dan 50 staff kakitangannya hadir.

Turut hadir ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  Sabah, Abdul Hamidee Ibrahim dan Pengarah PUSPEN Papar, Roswati Apin.

Antara pengisian program ialah Tazkirah Ihya Ramadhan, penyerahan sumbangan pelitup muka dan jam dinding.

Majlis berakhir dengan solat Isyak dan tarawih serta moreh.

Pada hari yang sama, YADIM Sabah juga mengadakan program Ihya Ramadan di Kampung Tanjung Aru Kota Pengisian.

Selain tazkirah ramadan, turut diadakan ialah memasak dan agihan bubur lambuk serta aktiviti derma darah.

Ia merupakan kerjasama YADIM – Jawatankuasa Kampung Tanjung Aru, Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan anggota tentera wataniah Kem Lok Kawi.

Sebanyak 980 pek bubur lambuk diedarkan manakala 34 paint darah berjaya dikumpul

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *