Ziarah Musa’adah Ramadan YADIM Sarawak

BAU – Sebanyak tujuh keluarga diKampung Bunga Rampai di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dalam sesi ziarah pada 1 Mei. Mereka menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafaee dan Afsan Mohamad. Terdahulu, YADIM Sarawak juga menziarahi kediaman sebuah keluarga saudara kita di Kampung Benuk Jalan […]

RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang.

KUBANG SEMANG – Selepas Melaka, Pulau Pinang menjadi lokasi seterusnya program Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Hidupkan Ramadan. Seramai 50 ahli RSY terlibat dalam program ini yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang di sini pada 1 Mei. Antara pengisian program termasuklah kuliah dhuha, tahsin ibadah, tadarus berkelompok dan ziarah asnaf kepada 30 […]

YADIM Kelantan Santuni Pengawal Keselamatan Sekolah Sekitar Kota Bharu

Kota Bharu – Juadah berbuka puasa berupa nasi ayam disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan kepada para  pengawal keselamatan sekolah di sini pada 1 Mei. Seramai 50 orang pengawal keselamatan dari 21 sekolah sekitar bandaraya ini disantuni dalam program ini. Ia merupakan sebahagian pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM Kelantan. Sumbangan disampaikan oleh […]

SAY Pasir Puteh santuni asnaf

PASIR PUTEH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan pada 1 Mei oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pasir Puteh dengan menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Jawa, Kampung Bukit Abal, Kampung Padang Pak Amat dan Kampung Gong Manak di sini. Sebanyak 15 keluarga miskin tegar dan pesakit kronik  telah […]

Edaran bubur lambuk YADIM Perlis

JEJAWI – Pada Ramadan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam mengadakan program mengimarahkan bulan penuh berkah ini. Pada 30 April, bertempat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)  Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, telah diadakan Program Seikhlas Ramadhan yang turut melibatkan Rakan Siswa YADIM. Antara pengisian program termasuklah memasak dan mengedar bubur lambuk […]

Agihan Bubur Daging Di Jalan Sultan Tengah Semariang

SEMARIANG – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360),  YADIM Sarawak telah melaksanakan program kongsi rezeki dengan mengagihkan bubur daging kepada orang ramai di Jalan Sultan Tengah Semariang pada 30 April. Program kongsi rezeki ini bermula pada jam 10 pagi apabila kakitangan YADIM dibantu Sukarelawan YADIM bergotong-royong memasak bubur di perkarangan […]

Kembara Tazkirah YADIM di Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA – Meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), siri Kembara Tazkirah dengan tajuk Keluarga Sakinah Menuju Jannah telah diadakan di Jabatan Penerangan di sini pada 30 April. Ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusuff. Ia menyentuh mengenai konsep ujian yang paling besar di dalam hidup iaitu […]

Kembara Tazkirah YADIM Johor

TANJUNG KUPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor melaksanakan dua siri Kembara Tazkirah pada 29 April sebagai pengisian untuk Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) badan dakwah ini. Program pertama diadakan melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Sultan Abu Bakar di sini yang dihadiri oleh seramai kira kira 40 peserta. Ceramah disampaikan oleh Sukarelawan […]

Program Irsyad Parlimen Jerantut di Masjid Tengku Mahkota Abdullah

JERANTUT – Seramai 25 asnaf yang dikenalpasti memerlukan menerima sumbangan kit musaádah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 29 April. Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irsyad 360) di Masjid Tengku Mahkota Abdullah ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS). Dalam program ini juga, turut diadakan taklimat halatuju kepada Sukarelawan YADIM dan […]

Asnaf Kampung Kerukan terima sumbangan YADIM Sabah

KUALA PENYU – Seramai 37 asnaf yang memerlukan di Kampung Kerukan di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 April. Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Sabah.