Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

PETALING JAYA – Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Mohd. Na’im, 55, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia antara muka baharu yang dilantik di dalam […]

JKSM lancar dua buku pesalah Syariah

KUANTAN – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri pada 28 Oktober melancarkan dua buku bagi pesalah syariah.   Dua buku tersebut ialah Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah dan Garis Panduan […]

Scam poligami: Dr Zulkifli mahu siasatan dalaman dilakukan

SHAH ALAM – Satu siasatan dalaman akan dilakukan bagi menyiasat tentang kewujudan sindiket poligami dipercayai didalangi orang dalam di institusi kehakiman syariah negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika terdapat sebarang aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah, maka tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan sedia […]

Jabatan Kehakiman Syariah tangguh perkhidmatan di beberapa negeri hingga Jumaat ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menangguhkan perkhidmatan dan operasi di beberapa negeri termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh serta pendaftaran kes melibatkan orang awam, bermula hari ini (7 Oktober) hingga Jumaat. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) yang terlibat ialah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, JKSN Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak […]

Beku harta suami ingkar arahan mahkamah syariah

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta di bawah Bank Negara Malaysia […]

Mohd Na’im Ketua Pengarah baharu JKSM

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Mohd Na’im sebelum ini memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM. Beliau juga […]

Wujud mekanisme khas bantu tuntutan nafkah

PARIT BUNTAR – Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme baharu bagi membela golongan wanita yang ditindas untuk menuntut nafkah selepas diceraikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Katanya, antara mekanisme itu ialah membolehkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menggunakan kaedah seperti menuntut caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dari akaun […]