Musa’adah Covid-19 untuk pemandu kereta sewa di Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Julai telah menyantuni seramai 70 orang pemandu kereta sewa di negeri ini yang terkesan akibat penularan Covid-19. Mereka yang disantuni adalah pemandu kereta sewa dari bandar ini, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat menyampaikan sumbangan barangan […]

Kelantan benar solat Aidiladha

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan solat sunat Aidiladha, namun perlu mengikut kapasiti masjid mahupun surau di negeri ini setelah mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara jemaah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, perkenan […]

MERSY RSY di Kelantan

KUALA KRAI – Selepas Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis, program Musa’adah Hal Ehwal Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY) diadakan di negeri ini pula. Seramai 12 pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan, diketuai Ziyad Che Azhary pada 28 Jun telah menyampaikan bantuan kepada 10 ahli RSY dari kalangan keluarga asnaf dan B40. […]

Solat jemaah, Jumaat dan aktiviti keagamaan dibenarkan di Kelantan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat jemaah lima waktu, solat Jumaat dan aktiviti masjid serta surau dilaksanakan seperti biasa di negeri ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa. Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa […]

Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan pada 7 Mei telah bekerjasama menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di sini. Sebanyak 10 keluarga di sini dan Selising disantuni kedua agensi dakwah ini dalam satu program bersama. Mereka terdiri daripada asnaf, golongan Orang […]

Qari Kelantan, qariah Perak johan tilawah al-Quran kebangsaan

KOTA KINABALU – Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini. Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil […]

Gerbang Pra Siswa 5.0 Kelantan

PASIR PUTEH – Seramai 81 peserta, terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari seluruh Kelantan menyertai program Gerbang Pra Siswa 5.0 Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) Kelantan. Program bermula 30 Januari hingga 1 Februari itu diadakan di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising […]

YADIM peruntukkan RM200 ribu untuk mangsa banjir empat negeri

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan kira kira RM200,000 bagi program bantuan pasca banjirnya. Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, program itu bertujuan menyantuni mangsa mangsa pasca banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah. “Kira kira 700 – 750 keluarga di setiap negeri menerima manfaat program ini. “Kita […]

Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan

KUBANG KERIAN – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus aktif memainkan peranannya mengangkat pelbagai isu isu berkaitan keluarga di negeri ini. Menerusi kerjasama dengan Wanita IKRAM Kota Bharu, Cakna Kesihatan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Malaysian Against Pornography (MAP) mereka menganjurkan program Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan pada 30 November […]

Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah

KOTA BHARU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus giat melaksanakan program bagi mengangkat pelbagai isu dan menyantuni golongan wanita di negeri ini. Terbaharu pada 22 November, mereka telah mengadakan Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah. Bertempat di Pusat Latihan FAMA Lundang, di sini, seramai 65 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri […]