Home » Citra Yadim » Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan

Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan

KUBANG KERIAN – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus aktif memainkan peranannya mengangkat pelbagai isu isu berkaitan keluarga di negeri ini.

Menerusi kerjasama dengan Wanita IKRAM Kota Bharu, Cakna Kesihatan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Malaysian Against Pornography (MAP) mereka menganjurkan program Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan pada 30 November lalu.

Seramai 85 orang peserta menghadiri program ini yang diadakan di Dewan Kuliah 1, Pusat Pengajian Sains Pergigian USM.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi MAWAR sendiri, Dr Hafidzah Mustakim manakala ucaptama seminar oleh Prof. Madya Dr Zaharah Sulaiman selaku Pengerusi Raudhah Sakeenah Kelantan. Panel penceramah seminar terdiri dari Ketua Wanita IKRAM Kota Bharu, Prof. Madya Dr Dasmawati Mohamad, Doktor Pakar Kanak-Kanak USM, Dr. Fahisham Md Taib dan Pegawai Kebajikan Masyarakat, Nor Azlin Che Kamaruddin yang telah berkongsi pengalaman dan panduan di dalam bidang kepakaran masing- masing.

Dalam ucapannya, Hafidzah berkata adalah menjadi tanggungjawab sesebuah keluarga untuk mencari kebahagiaan dan rahmah dalam hidup.

Beliau turut menggalakkan pasangan ibu bapa untuk menyertai majlis majlis ilmu keibubapaan untuk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan masing masing.

Dalam pada itu, antara topik yang disentuh dalam sesi ceramah ialah jenis- jenis penderaan seperti fizikal, mental, seksual dan pengabaian, hukuman serta akibat daripada penderaan terhadap kanak kanak.

Turut dibincangkan ialah peranan dan tanggungjawab masyarakat dalam situasi berlakunya kes dera kanak kanak dan bagaimana menanganinya termasuklah proses pelaporan.

Dalam majlis berkenaan, Gerakan Wanita Kelantan Cakna Kanak-kanak yang dianggotai oleh MAWAR-YADIM dan 26 NGO lain, menyatakan komitmen wanita dalam memperjuangkan nasib kanak-kanak di Kelantan khususnya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *