Home » Citra Yadim » YADIM peruntukkan RM200 ribu untuk mangsa banjir empat negeri

YADIM peruntukkan RM200 ribu untuk mangsa banjir empat negeri

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan kira kira RM200,000 bagi program bantuan pasca banjirnya.

Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, program itu bertujuan menyantuni mangsa mangsa pasca banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.

“Kira kira 700 – 750 keluarga di setiap negeri menerima manfaat program ini.

“Kita harap pada masa akan datang dapat tambah lagi peruntukan dan adakan program di tempat lain pula,” katanya ketika ditemui dalam program Dapur Rahmah: Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir Daerah Besut di Institut Latihan Islam Wilayah Timur di sini pada 23 Januari.

Hadir sama ke program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang, wakil wakil agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat sekitar.

Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut serta Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Besut.

Dalam pada itu Nik Omar berkata, walaupun YADIM adalah sebuah agensi yang menumpukan kepada usaha dakwah dañ pendidikan, namun aspek kebajikan tidak dilupakan.

Jelas beliau, pemberian sumbangan ini juga adalah salah satu bentuk dakwah kepada golongan yang memerlukan. Disamping menunjukkan kebersamaan YADIM bersama mangsa yang ditimpa ujian banjir.

“Walaupun peruntukan YADIM kecil sahaja, tapi kita rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa pasca banjir yang memerlukan.

“Saya menyeru kepada semua, terutama yang berkemampuan untuk sama sama kita menyumbang kepada program seperti ini,” ujarnya.

Seramai 270 mangsa pasca banjir termasuk yang bukan Islam menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM di Besut.

Selain Besut, program yang sama juga diadakan di Setiu dan Hulu Terengganu.

Terdahulu pada 22 Januari, penyampaian sumbangan untuk mangsa pasca banjir diadakan di Rantau Panjang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan.

Program seterusnya akan diadakan di Sabah dan Johor selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *