Home » Citra Yadim » MERSY RSY di Kelantan

MERSY RSY di Kelantan

KUALA KRAI – Selepas Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis, program Musa’adah Hal Ehwal Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY) diadakan di negeri ini pula.

Seramai 12 pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan, diketuai Ziyad Che Azhary pada 28 Jun telah menyampaikan bantuan kepada 10 ahli RSY dari kalangan keluarga asnaf dan B40.

Sumbangan ini bertujuan meringankan keluarga ahli RSY Kelantan, khususnya yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Program sumbangan ini diadakan di Kota Bharu, Tanah Merak dan di sini.

Turut serta dalam program ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Anis Razani dan Penyelaras RSY Kelantan, Nazia Aqilah Mohd Anuar.

Selepas Kelantan, RSY dijadualkan mengadakan program yang sama di Perak pula pada 4 Julai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *