Home » Citra Yadim » Gerbang Pra Siswa 5.0 Kelantan

Gerbang Pra Siswa 5.0 Kelantan

PASIR PUTEH – Seramai 81 peserta, terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari seluruh Kelantan menyertai program Gerbang Pra Siswa 5.0 Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) Kelantan.

Program bermula 30 Januari hingga 1 Februari itu diadakan di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising di sini.

Ia merupakan anjuran Exco Latihan dan Kaderisasi RSY Kelantan dengan dibantu oleh 30 fasilitator dan jurulatih dari universiti awam dan swasta seluruh negara.

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan para pelajar ini untuk menuntut ilmu tanpa batasan umur walau dimana jua samada di IPTA atau IPTS, kerana ruang untuk belajar terlalu luas untuk para pelajar membuat pilihan selain peluang biasiswa serta pinjaman yang telah diberikan oleh kerajaan.

Kemiskinan jelasnya tidak sepatutnya dijadikan alasan dan halangan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi, tambahnya lagi.

Selain itu juga beliau sangat berpuashati atas komitment urusetia, jurulatih serta fasilitator yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi anak Kelantan dari universiti seluruh Malaysia bergabung dalam berkongsi ilmu untuk panduan para peserta serta persediaan untuk mereka selangkah ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

Sementara itu, antara pengisian program termasuklah sesi solat berjemaah, qiamullail, aktiviti pengukuhan pasukan, bicara tokoh, senamrobik, latihan dalam komuniti serta mesyuarat tahunan dan sesi penerangan Majlis Pimpinan Negeri RSY.

Secara keseluruhan, program tahunan yang dikendalikan oleh Ketua Exco Latihan dan Kaderisasi RSY Kelantan, merangkap Pengarah Program, Muhammad Hanif Fitri Muhd Sawadi dilihat mencapai objektifnya untuk membina jati diri selain menerapkan nilai nilai kebersamaan dan konsep rahmah dalam diri peserta.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *