Malaysia kekal dengan pendirian tegas terhadap Israel

PUTRAJAYA – Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia satu daripada dua keputusan penting yang dibuat Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet berkaitan hubungan Malaysia dengan Israel, dua minggu lalu. Katanya, turut diputuskan ialah wakil […]

Hamas sanjung keputusan Malaysia halang penyertaan atlet Israel

KUALA LUMPUR- Pergerakan Hamas menyanjung tinggi keputusan Malaysia menghalang etlet Israel menyertai kejohanan renang yang dianjurkan negara ini. Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, pergerakan itu berkata, dalam nada yang tegas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moahamad telah berkata bahawa sekiranya peganjur ingin menarik hak Malaysia sebagai hos kejohanan berkenaan, mereka dipersilakan berbuat demikian. “Kenyataan […]

Larangan merokok tidak jejas pelancongan

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan sejak 1 Januari lalu, tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata ia berikutan, pelancong akan mematuhi segala larangan dan peraturan negara dilawati. Malah katanya beliau tidak melihat larangan itu satu halangan buat negara dalam menyasarkan pendapatan […]

Tidak boleh guna ruang udara Malaysia untuk mendarat di Seletar

KUANTAN – Malaysia tetap berpegang kepada pendirian bahawa pesawat ingin mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura tidak boleh menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang, Johor. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu akan ditegaskan delegasi Malaysia yang diketuainya dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr Vivian Balakrishnan, Selasa ini. “Kita konsisten dengan pendirian kita […]

Tun Mahathir dinobat sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik luar biasa. Felo Institut Kajian Polisi […]

Malaysia kekal pasaran pesat membangun pilihan pelabur

KUALA LUMPUR – Malaysia masih merupakan pasaran pesat membangun pilihan pelabur, walaupun kadar aliran masuk bersih asing kini perlahan, kata seorang ahli akademik. Pakar geostrategik Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, pada 2019 MIDF Amanah Investment Bank Bhd mendapati Malaysia mencatatkan kadar pengaliran wang keluar kedua terendah daripada 7 negara di Asia yang […]

NACP dilancar 31 Januari

PUTRAJAYA – Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu-isu governans, integriti dan antirasuah secara menyeluruh akan dilancarkan pada 31 Januari tahun depan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamad. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu merupakan satu daripada 61 inisiatif yang sedang […]

Usah ragu-ragu lagi kata Malaysia negara Islam

KUALA LUMPUR – “Empat negeri tidak hormat undang-undang. Sudah 60 tahun merdeka, tapi masih belum melaksanakan enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama lain kepada orang Islam.” Demikian tegas Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dalam forum khas bertajuk ‘Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. […]

Tidak semestinya ikut negara Islam lain ratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR – Beberapa negara Islam lain yang turut meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak harus dijadikan alasan bahawa Malaysia perlu meniru langkah sama. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana sejarah, adat dan budaya kebiasaan antara Malaysia berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu […]

Ambil peluang perkembangan industri halal

TRANG (SELATAN THAILAND) 14 Jan. – Masyarakat Islam di Malaysia dan Thailand perlu merebut peluang meneroka pasaran industri halal yang semakin berkembang. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkata aspek keusahawanan dan industri halal bergerak seiringan dengan kepesatan pembangunan dunia dan di rantau ini, sekali gus membuka ruang cukup luas untuk diteroka. Mengambil […]