Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia

KOTA BHARU – Semua penceramah terutama dari luar negara dinasihat supaya lebih memahami keadaan negara ini yang makmur sejak sekian lama dengan rakyat berbilang kaumnya yang hidup aman ketika memberikan ceramah mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, jika tidak mereka perlu bertanggungjawab jika berlakunya masalah perselisihan pendapat yang boleh […]

Ganggu gugat keharmonian kaum, tindakan akan diambil

KUBANG KERIAN – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini, bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut. “Berhentilah menyebar perkara yang boleh […]

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur mengecualikan Dr Zakir Naik daripada acara di negeri itu yang bermula hari ini (16 Ogos). Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu. “(Tangguh acara Dr Zakir) bukan kerana benci pada dia tetapi untuk kebaikan dia dan […]

Poster perlawanan Piala Malaysia guna tulisan Jawi dipuji

IPOH – Poster perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang menggunakan tulisan Jawi dalam laman Facebook sebuah kelab penyokong Perak, Perak the Yob mendapat pujian netizen. Poster berkenaan mula dimuat naik dalam laman Facebook Perak the Yob hari ini (16 Ogos). Poster berkenaan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya mengenai perlawanan Piala Malaysia di antara […]

Kisah di sebalik Muzmatch

App `Dating’ Muslim Paling Berjaya SELEPAS mendengar ramai rakannya yang tidak bernasib merungut tentang kesukaran mencari pasangan, Shahzad Younas bertanya-tanya, “Jika saya seorang lelaki Islam, bagaimana saya boleh bertemu seorang gadis?” Dengan pantas, dia menyedari bahawa pilihan mereka adalah terhad. “Ia (mencari jodoh) akan melalui pekerjaan, kawan, keluarga, maka apa lagi? Umat Islam tidak mempunyai […]

Tulisan Jawi : YADIM Jawap Dong Zong

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menafikan bahawa kenyataan medianya mengenai usaha kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi yang dikeluarkan pada 6 Ogos, merujuk kepada usaha Islamisasi, sebagaimana didakwa oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Sebaliknya, kenyataan yang dipetik itu, iaitu, ‘meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap Jawi dan Bahasa Arab serrta […]

Polis siasat Dong Zong

SHAH ALAM – Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima berkaitan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga kini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung persatuan terbabit. Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan akan […]

“Aku Kesal Lambat Kembali Kepada Islam…”

Susunan KHALEED RIDZQEEN “Assalamualaiki, ya amatallah.” (Semoga anda bahagia, wahai hamba Allah). “Waalaikassalam, ya akha Abi Darda” (Dan semoga anda bahagia jua, wahai sahabat Abu Darda), jawab isteri kepada tuan rumah setelah melihat sahabat baik suaminya datang berkunjung. “Ke manakah sahabatku Abu Darda?” Abdullah, sahabat suaminya bertanya. “Suamiku ke kedainya, tidak lama lagi pasti dia […]

Perancangan Kewangan Naqli Dan Aqli

(Siri 1) Oleh NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD DALI Artikel- artikel yang bakal anda baca ini akan mengubah cara hidup anda pada masa hadapan kerana dengan membaca dan mengamalkan apa yang disarankan, anda akan dapat membezakan cara dan strategi kewangan anda dari kebiasaan yang diamalkan orang di dalam dunia ini. Ramai yang kita lihat bersusah payah […]

Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia tiba Isnin ini

MAKKAH – Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia pada Isnin ini (19 Ogos), kata ketua rombongan haji Malaysia Syed Saleh Syed Abd Rahman. Beliau berkata, penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini […]