Home » Langit Terbuka » Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia

Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia

"Setiap orang luar kena hormat apa yang ada di negara kita kerana kita sudah bina kemakmuran ini sebelum merdeka," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Cempedak Cheese.com

KOTA BHARU – Semua penceramah terutama dari luar negara dinasihat supaya lebih memahami keadaan negara ini yang makmur sejak sekian lama dengan rakyat berbilang kaumnya yang hidup aman ketika memberikan ceramah mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, jika tidak mereka perlu bertanggungjawab jika berlakunya masalah perselisihan pendapat yang boleh mengeruhkan suasana perpaduan yang tidak harmoni disebabkan ceramah mereka.

“Kemungkinan pendekatan mereka tidak sesuai dengan pendekatan rakyat Malaysia. Setiap orang luar kena hormat apa yang ada di negara kita kerana kita sudah bina kemakmuran ini sebelum merdeka dan selepas itu…banyak ujian sudah kita hadapi.

“Saya tidak tuju kepada sesiapa tetapi orang Islam atau bukan Islam kena jaga perkara ini,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini.

Beliau berkata demikian isu penceramah Dr Zakir Naik terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini.

Polis juga dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan dan Mujahid meminta semua pihak agar tidak mengganggu siasatan polis.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *