Home » Langit Terbuka » Ganggu gugat keharmonian kaum, tindakan akan diambil

Ganggu gugat keharmonian kaum, tindakan akan diambil

Polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteraman awam, kata Timbalan Ketua Polis Negara. - Foto theworldnews

KUBANG KERIAN – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini, bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

“Berhentilah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonian kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteraman awam ini.

“Polis akan memantau keadaan ini. Kita sudah memberi amaran berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Mohd Zamri kini menerima rawatan selepas diserang menggunakan parang oleh seorang lelaki pesakit mental menyebabkan luka di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari kanan di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas isu Dr Zakir itu, Mazlan berkata, siasatan sedang dijalankan oleh polis dan beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut perkara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan terhadap Zakir dibuka susulan laporan polis daripada pelbagai pihak. -Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *