Rancang bina bandar pintar Mina

MINA – Model baharu pembangunan Mina sebagai bandar pintar termasuk perumahan dan kem akan dibuat sebaik sahaja selesai musim haji tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Arab Saudi, Putera Khalid Al-Faisal berkata, model pembangunan itu akan siap tahun depan. Pada sidang media bersama 13 wakil wartawan dari pelbagai negara Islam termasuk Malaysia semalam, beliau berkata, […]

Polis nafi Masjid Al-Mutaqqin diserang

KULIM – Polis menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat. “Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, […]

Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos. Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut. Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, […]

Sinergi media jayakan Malaysia#Quranhour

SHAH ALAM – Agensi-agensi media daripada pelbagai platform hari ini menyatakan komitmen bagi menjayakan kempen Malaysia#QuranHour 2019 dalam satu majlis di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., di sini hari ini (14 Ogos). Selain Kumpulan Media Karangkraf sendiri, agensi lain yang terlibat termasuk Kumpulan Utusan, Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), The Star, Astro, […]

Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

SIJANGKANG – Kehilangan kediaman di kala orang ramai sedang menyambut AidilAdha sememangnya memeritkan, namun itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah Yusuk, apabila sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada pagi 11 Ogos lalu. Prihatin dengan nasib yang menimpa ibu tunggal berkenaan, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkunjung dan […]

TH nafi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terowong sesak

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat. Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah […]

Malaysia dipilih untuk kempen ‘Green Haj’ di Mina

MAKKAH – Maktab 80, sebuah daripada sembilan maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen Green Haj di Mina di sini. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah haji dengan mengasingkan barang terbuang. “Green Haj […]

Tiada bukti Zakir Naik pengganas: Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tegas menyangkal pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai seorang pengganas seperti didakwa sesetengah pihak. Menurutnya, Zakir hanya pakar dalam bidang perbandingan agama antara Islam dan agama-agama lain, tidak ada satu perkara yang membuktikan beliau seorang pengganas. “Zakir hanya pakar tentang perbandingan agama, beliau hanya […]

YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

RANAU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  meneruskan program kerjasama dakwahnya di bumi Sabah apabila melaksanakan program ibadah korban di Kampung Kauluan di sini bersama Muslim Volunters Malaysia (MVM). Usaha untuk mengutip dana bagi pelaksanaan program ini telah bermula sejak bulan lepas, dan hasilnya pada 13 Ogos, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk […]

Jangan Biarkan Hati Anda ‘DiGodam’

KUALA LUMPUR – Jika anda tertarik dengan tawaran ‘indah’ di laman sosial seperti pekerjaan bergaji tinggi, hadiah lumayan atau mesej peribadi dari lelaki tampan dan kaya yang mahu menumpang kasih sayang, awas! Hati anda sedang ‘digodam’. Sebagai netizen yang menggunakan laman sosial, anda perlu bijaksana agar tidak tergolong dalam ribuan netizen yang menjadi mangsa penipuan […]