Home » Langit Terbuka » Rancang bina bandar pintar Mina

Rancang bina bandar pintar Mina

Model pembangunan bandar pintar Mina akan siap pada 2020. - Foto About Islam

MINA – Model baharu pembangunan Mina sebagai bandar pintar termasuk perumahan dan kem akan dibuat sebaik sahaja selesai musim haji tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Arab Saudi, Putera Khalid Al-Faisal berkata, model pembangunan itu akan siap tahun depan.

Pada sidang media bersama 13 wakil wartawan dari pelbagai negara Islam termasuk Malaysia semalam, beliau berkata, pelan itu kemudian akan dikaji sama ada perlu penambahan atau tidak.

“Apa pun, ia mesti berjalan dengan segera,” ujarnya.
Semalam, berakhirnya proses melontar jamrah bagi semua jemaah haji di Mina.

Pada hari kedua melontar jamrah, kem dan kawasan Mina dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat dan merosakkan banyak kem-kem jemaah haji.

Menurut Putera Khalid, jumlah bilangan jemaah haji tahun ini seramai 2,489,406 termasuk 1,855,027 jemaah luar dan 634,379 jemah tempatan.

Mengenai kuota haji, beliau berkata, jumlah jemaah haji negara- negara luar ditentukan persidangan khas yang mana wakil semua negara terlibat manakala soal kos berbeza antara negara, ia akan dikaji semula jika ada permintaan.

Sementara itu, mengenai soalan kenapa pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai konflik di negara- negara Islam semasa musim haji, Putera Khalid menegaskan, haji adalah perhimpunan ibadah dan bukan pentas bincang isu-isu semasa.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *