Home » Citra Yadim » YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

RANAU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  meneruskan program kerjasama dakwahnya di bumi Sabah apabila melaksanakan program ibadah korban di Kampung Kauluan di sini bersama Muslim Volunters Malaysia (MVM).

Usaha untuk mengutip dana bagi pelaksanaan program ini telah bermula sejak bulan lepas, dan hasilnya pada 13 Ogos, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk di kampung tersebut.

MVM diwakili oleh Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, manakala YADIM Sabah diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ramlee Daud dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah, Abdul Qaiyum Aris.

Program diadakan di Surau At Tawwab di sini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira kira jam 2 petang, yang mana selain kakitangan YADIM dan MVM, turut disertai oleh penduduk kampung.

Menariknya, surau berkenaan terletak bersebelahan dengan Gereja St Martha di kampung tersebut, yang melambangkan toleransi beragama dan suasana harmoni para penduduknya.

Ketua Kampung Tauluan Naim Adam, selaku wakil penduduk mengucapkan terima kasih kepada YADIM Sabah dan MVM kerana mengadakan program korban dan sumbangan  yang pertama kali diadakan di kawasan berkenaan.

Penghargaan juga dirakamkan beliau kepada Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah, Syahrizal Mat dan Presiden MVM, Muhammad Jantan, kerana memberi sokongan dan kerjasama bagi menjalankan program ini.

Selain mengadakan program korban, YADIM dan MVM turut bersama menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 78 penduduk yang memerlukan.

YADIM dan MVM sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program kerjasama bagi menyantuni golongan yang memerlukan.

Antaranya termasuklah Program Motivasi dan Buskeerah serta khidmat bakti sekitar Lembah Kelang

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *