Home » Langit Terbuka » Tiada bukti Zakir Naik pengganas: Musa Hassan

Tiada bukti Zakir Naik pengganas: Musa Hassan

Tan Sri Musa Hassan (gambar)berkata, di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik. - Foto Oh Media

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tegas menyangkal pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai seorang pengganas seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, Zakir hanya pakar dalam bidang perbandingan agama antara Islam dan agama-agama lain, tidak ada satu perkara yang membuktikan beliau seorang pengganas.

“Zakir hanya pakar tentang perbandingan agama, beliau hanya bercakap soal itu. Apa bukti yang beliau pengganas?

“Beliau (Zakir) hanya mengetahui tentang agama, itu bidangnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bekas Ketua Polis Negara itu lagi, di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik.

“Jika perbicaraan akan terjejas kerana ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik dan jika dihalang oleh masa,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan pendirian tegas untuk tidak melaksanakan proses ekstradisi terhadap Zakir. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *