Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

PUTRAJAYA – Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sekali lagi dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang giat mengumpul tajaan bagi Ibadah Qurban 2019 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan Kampung Kauluan, Ranau, Sabah. Pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran untuk mengumpul tajaan sebanyak 40 ekor lembu di kem pelarian […]

Istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah jadi tumpuan

KUALA LUMPUR – 30 Julai 2019. Pada tarikh ini negara sekali lagi menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh […]

Tiada larangan laksana ibadat korban di masjid, surau di Johor

JOHOR BAHRU – Larangan untuk melaksanakan ibadah korban di dalam kawasan semua masjid dan surau di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari lepas adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tosrin Jarvanthi berkata, satu garis panduan pelaksanaan ibadah korban diwujudkan bertujuan mematuhi tuntutan agama […]

Ziarah saudara baru Pulau Carey

KUALA LANGAT – Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus bergiat aktif menjalankan gerak kerja dakwah mereka apabila terbaharu, menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Judah, Pulau Carey di sini. Dua puluh lima anggota SAR Kuala Langat menyertai program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada komuniti Orang Asli di pulau ini, yang diadakan pada 28 Julai […]

100 kit kebersihan sumbangan MAWAR untuk penduduk Kuala Koh

GUA MUSANG – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kerja kerja kebajikan mereka di bumi Kuala Koh di sini apabila hadir sekali lagi menyantuni masyarakat Orang Asli. Kali ini kehadiran mereka pada 17 Julai lalu turut membawa sebanyak 100 kit kebersihan untuk disumbangkan kepada ketua ketua isi rumah di […]

Halfest Jakim 2019 sasar 80,000 pengunjung

KUALA LUMPUR – Ekspo Halal Terbesar Malaysia, Halal Fiesta Malaysia (Halfest) dijangka menerima lebih 80,000 pengunjung sempena penganjurannya di Pusat Pameran Mines (MIECC) di sini pada 4 hingga 8 September ini. Halfest dalam laman sosial Facebook memaklumkan, festival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu akan mengumpulkan seramai 450 usahawan yang menerokai pasaran halal tempatan. […]

Tubuh jawatankuasa khas pantau aduan hina Islam, Nabi

HULU SELANGOR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, di media sosial. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata Jakim mempunyai pegawai ditempatkan di SKMM bagi melakukan tindakan perlu sekiranya terdapat sebarang aduan daripada pengguna mengenai […]

Raja Salman taja 2,000 keluarga tentera Yaman tunai haji

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz akan menaja 2,000 anggota keluarga tentera Yaman dan tentera The Popular Resistance – tentera berpangkalan di Gaza – untuk menunaikan haji tahun ini. 2,000 jemaah yang ditaja itu akan melaksanakan haji di bawah program kelolaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi. Menteri Hal […]

Sembang santai bersama penghuni Anjung Singgah

KUALA LUMPUR – Tugas dakwah dipikul Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memerlukannya menjalankan tanggungjawab berkenaan kepada pelbagai golongan sasar. Atas tujuan itu, satu majlis bacaan Yassin dan sembang santai telah diadakan bersama penghuni Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara di sini pada 18  Julai lalu. Ia diselaraskan oleh Daie Muda YADIM yang ditempatkan di pusat kebajikan […]

2020 sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah

PUTRAJAYA – Sekretariat Perhubungan Serantau, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan tahun depan untuk menjadikan badan dakwah ini sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah. Sasaran itu ditetapkan dalam Makmal Inovasi Dakwah: Program Pengantarabangsaan YADIM yang diadakan di sini pada 25 Julai lalu. Makmal ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan & Penerbitan Dakwah, Dr […]