Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah

ANKARA – Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat […]
Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Negara

PUTRAJAYA – Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah mengadakan sesi perbincangan bersama sekumpulan tokoh akademik dan aktivis dakwah bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara. Pelan ini merupakan satu usaha YADIM agar kerja-kerja dakwah tidak lagi menjadi retorik, sebaliknya, penumpuan harus diberikan kepada pelaksanaan bersungguh-sungguh terutama dalam menangani […]
Penubuhan ‘Malaysia Hall Gaza’ disambut baik Kedutaan Palestin

KUALA LUMPUR – Kedutaan Palestin di sini menyambut baik penubuhan ‘Malaysian Hall Gaza’, sebuah pusat sehenti yang menyediakan maklumat mengenai Malaysia di samping menjadi pusat untuk aktiviti kemanusiaan di kawasan berkenaan. Berbeza dengan ‘Malaysia Hall’ yang lain di seluruh dunia, pusat sehenti yang terletak di daerah Tal Al-Hawa di bandar Gaza itu, hasil kerjasama lebih […]
Tabung Haji catat prestasi kewangan separuh pertama 2019 lebih baik

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih separuh pertama 2019 Lembaga Tabung Haji (TH) meningkat kepada RM815 juta, dengan lebihan aset sebanyak RM1.8 bilion. TH dalam kenyataan hari ini (25 Julai) berkata, prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik itu dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat. “Bagi tempoh enam bulan pertama […]
Peguam syarie disaran beri khidmat guaman percuma kepada B40, asnaf

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee menyarankan para peguam syarie memberi khidmat guaman percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan asnaf. Syed Hussien berkata keutamaan perlu diberikan kepada golongan tersebut supaya dapat meringankan beban mereka yang menghadapi kesukaran hidup. “Saya minta peguam syarie melihat […]
Malaysia perkenal akreditasi iktiraf penginapan patuh Syariah

PUTRAJAYA – Malaysia memperkenalkan inisiatif ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra Muslim’, satu bentuk akreditasi bagi mengiktiraf penginapan yang mematuhi syariah bagi pelancong. Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata akreditasi yang dilaksanakan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) adalah pertama seumpamanya di dunia yang diusahakan oleh agensi kerajaan. “Pelaksanaan ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra […]
Contohi keperibadian Rasulullah dalam pendidikan dan kepimpinan

KAJANG – Para pelajar disaran untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam bidang pendidikan dan kepimpinan. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, sikap junjungan besar yang mengutamakan pendidikan kepada umat Islam selain menunjukkan keterampilan terpuji dalam memimpin masyarakat perlu diamalkan pelajar. “Semua sektor memerlukan kepada […]
Semua jemaah haji Malaysia kini di Makkah

MAKKAH – Semua jemaah haji yang tiba ke Tanah Suci telah berada di Makkah pada pukul 1 tengah hari semalam, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini (24 Julai). Kenyataan itu memberitahu lebih 17,800 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah yang mana jumlah itu adalah kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah […]
Jangan tularkan status hina Nabi SAW di FB

SHAH ALAM – Unit Pemantauan Isu Hina Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan warganet di negara ini supaya tidak berkongsi status menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong. Jakim dalam kenyataannya berkata, jika status itu masih lagi dikongsikan di mana-mana platform komunikasi, ini bermakna pihak berkenaan telah menjadi penyebar kepada […]
Ismail Yaacob, jemaah haji kedua meninggal dunia

MAKKAH – Ismail Yaacob, 67, jemaah haji dari Cherang Ruku, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini, petang kelmarin, akibat kegagalan jantung dan paru-paru yang disebabkan oleh serangan jantung. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata Ismail, jemaah haji kedua Malaysia meninggal dunia, dimasukkan ke klinik kecemasan di penginapannya […]