Barokah Subuh di Masjid Mukim Permatang Sungkai

PASIR PUTEH – Sebagai usaha mengimarahkan masjd dan menarik jemaah menunaikan solat subuh berjemaah, YADIM Kelantan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Permatang Sungkai di sini pada 22 Januari telah mengadakan program Barokah Subuh. Pengisian pada program ini adalah  kuliah subuh khas selepas menunaikan solat fardu berkenaan secara berjemaah.  Kuliah subuh khas ini telah disampaikan oleh Ustaz  […]

Guna van jenazah agih bantuan

Ipoh – Van jenazah digunakan jawatankuasa Masjid Al-Ijtimaa’iah Taman Sri Kurau, Bercham, di sini, bagi menyalurkan bantuan sarapan pagi kepada penduduk Taman Desa Impian, Bercham yang terjejas akibat banjir kilat malam tadi. Sarapan berupa nasi lemak itu diagihkan pagi ini iaitu selepas paras air surut sepenuhnya. Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Halim Mat Sohor berkata inisiatif […]

Solat jemaah rapat saf di Perlis berkuat kuasa 8 Januari ini

ARAU – Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.   Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja […]

Program Bersama Chef
Hidangan “Dari Hotel Ke Masjid” sempena Bulan Dakwah YADIM 2.0

KOTA KINABALU – Seramai 30 orang peserta mewakili beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri Sabah telah menyertai program Bersama ChefHidangan “Dari Hotel Ke Masjid” yang diadakan pada 20 November. Objektif program yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah mempelbagai kaedah dalam menyampaikan dakwah, meneruskan kerjasama strategik antara agensi dan NGO di […]

Sasar 10 peratus masjid seluruh negara ada koperasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyasarkan kira-kira 10 peratus masjid di seluruh negara akan mempunyai koperasi masing-masing bermula tahun hadapan.   Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata penubuhan koperasi masjid secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dalam kalangan masyarakat, selain menjadi tumpuan beribadah.   Katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia […]

Kedah benar kehadiran jemaah separuh ruang solat

ALOR SETAR – Kedah membenarkan solat fardu dengan kehadiran jemaah separuh ruang solat masjid dengan syarat lengkap divaksin berkuat kuasa esok. Pengarah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kadar vaksinasi penduduk Kedah melebihi 60 peratus selain kes Covid-19 di Kedah juga sudah menurun […]

Teliti kenakan larangan ‘transgender’ memasuki masjid di Wilayah Persekutuan

KEMAMAN – Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang dilaksanakan di Perlis.   Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan itu adalah wajar bagi menjaga kesucian masjid […]

Sanitasi masjid dan maahad tahfiz bersama SAY Kota Bharu

KOTA BHARU – Ruang solat, asrama pelajar dan bilik pengajian di Maahad Tahfiz  Miftahul Huda  di sini disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 September. Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pusat pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak. Seterusnya kerja-kerja sanitasi di teruskan di Masjid Nilam Baru, Mulong Kota […]

Selangor benarkan akad nikah di masjid, pejabat agama

SHAH ALAM – Majlis akad nikah dibenarkan berlangsung di masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah, bermula esok.   JAIS melalui perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan, majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari tetapi kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.   […]

PUM sokong semak balik had bilangan jemaah

PUTRAJAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk menyemak kembali had bilangan kehadiran jemaah di masjid dan surau di seluruh negara. Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selaras perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Semakan semula ini amatlah wajar kerana timbul […]