Tauliah agama: JAKIM serah kepada JAIM

KUALA KUBU BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membuat keputusan mengenai status pentauliahan mengajar agama melibatkan penceramah, Wan Ji Wan Hussin. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pentauliahan bagi membenarkan seseorang itu mengajar dan menyampaikan tauliah terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama […]

Merakyatkan Maqasid Syariah

KUALA LUMPUR – Anggapan bahawa prinsip Maqasid Syariah yang dipraktikkan kerajaan ketika ini hanya teori semata mata akan dikupas dan diperhalusi dalam Konvensyen Nunji 2019 di Ayer Keroh, Melaka, Sabtu ini (20 Julai). Pengerusi Nunji, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, persoalan tersebut bakal diperincikan dan dijelaskan oleh tokoh yang mendalami mengenai prinsip dan konsep […]

Polis siasat perbuatan khianat rosakkan batu nisan

MELAKA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris meminta semua pihak bertenang dan tidak menularkan gambar serta video kejadian itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut. “Kita dalam proses […]

Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

MELAKA – Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan. Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan […]

Melaka sasar capai kutip 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14 dari golongan berkemampuan

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sasar mampu mencapai tahap kutipan 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14.00 daripada golongan berkemampuan di negeri ini. Ketua Menteri Melaka, Adly zahari berkata buat kali pertama Melaka memperkenalkan dua jenis kadar zakat iaitu RM7.00 bagi orang biasa dan RM14.00 bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih berdasarkan harga beras […]

Rebut peluang industri halal dunia bernilai AS$7 trilion

MELAKA – Usahawan di negara ini diharap dapat mengambil peluang keuntungan sekurang-kurangnya lima peratus daripada nilai produk halal dunia yang dianggarkan sekitar AS$7 trilion. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, sekiranya ia menjadi kenyataan, usahawan tempatan dijangka dapat menarik AS$350 bilion daripada industri berkenaan yang kini dilihat semakin berkembang pesat. “Saya baru […]

Tolak penceramah bawa perpecahan

SERKAM – Tiada penceramah yang akan diutamakan berdasarkan kebolehan nama yang ditempa mereka bagi menyampaikan ceramah di negeri ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri tidak pernah menilai aspek terbabit namun kepentingan itu akan dinilai berdasarkan mesej mahupun penyampaian dan sekiranya nilai itu buruk kepada masyarakat walaupun apa sahaja mazhab yang mereka ikuti ia […]

Zakat Fitrah Melaka RM7, RM14

AYER KEROH – Bermula tahun ini, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam iaitu RM7 dan RM14. Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Pengerusi MAIM berkata, ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin […]

Melaka tubuh Jabatan Pendidikan Islam

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menubuhkan Jabatan Pendidikan Islam Melaka bagi memberi fokus pada pembangunan sektor berkenaan secara lebih menyeluruh dan mampan, selewat-lewatnya Mac depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Katanya jabatan itu akan diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyelia dan menyelaras sistem pendidikan Islam melibatkan Sekolah Agama Jabatan Agama […]

Pastikan titik hitam kejatuhan Melaka tidak berulang

MELAKA – Rakyat perlu menjadikan titik-titik hitam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebagai renungan agar ia tidak berulang pada masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amanat itu dizahirkan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah semasa berangkat ke negeri ini pada 12 Julai 1990, merupakan peringatan yang […]