Home » Langit Terbuka » Penjualan air zam zam undang salah guna

Penjualan air zam zam undang salah guna

Mufti Perlis berkata, penjual tidak boleh mengenakan keuntungan melalui penjualan Air Zam Zam hingga mengundang persepsi tidak baik. - Foto Perak Today

KANGAR – Penjualan air zam zam secara terbuka dibimbangi akan mengundang transaksi jual beli yang boleh mengakibatkan ruang eksploitasi ke atas agama Islam bagi tujuan perniagaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sejak dahulu lagi penguatkuasa agama di negeri itu tidak membenarkan penjualan sebarang produk menggunakan nama Islam dijual berleluasa.

Tegasnya, tindakan penjualan produk yang dikaitkan dengan agama Islam boleh mengundang penipuan, terutamanya jika membabitkan air zam zam.

“Kita boleh lihat keadaan ini apabila sampai tahap ada yang mendakwa air yang mereka jual mempunyai nilai skala pH sama dengan air zam zam.

“Produk ini kemudian dijual berleluasa dan penjual mengaut keuntungan daripadanya, jadi saya rasa kena kawal perkara sebegini,” katanya di sini pada 6 Januari.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan melarang rakyat dalam negara ini daripada menjual air zam zam dan individu yang didapati menjualnya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Malahan, pada Disember lalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah merampas 112,560 liter air zam zam yang dianggarkan bernilai RM2.53 juta menerusi lima kontena yang cuba dibawa masuk tiga syarikat di Pelabuhan Klang.

Mengulas mengenai pengharaman penjualan air zam zam secara muktamad, Mohd Asri berpendapat, beliau tidak menghalang penjualannya, namun penjual pula tidak boleh mengenakan keuntungan melalui penjualannya.

“Kalau sekadar mengenakan caj pengangkutan dan kos membawa masuk ke dalam negara itu tidak mengapa.

“Tetapi kalau ia dieksploitasi dengan dijual dengan keuntungan yang melampau, sehingga beralasan bahawa air terbabit sudah dijampi atau sebagainya ini yang tidak boleh,” katanya – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *