Home » Langit Terbuka » Tajuk debat tidak boleh menjadikan pendebat ‘mangsa’

Tajuk debat tidak boleh menjadikan pendebat ‘mangsa’

Mufti Perlis berkata, tajuk tidak sensitif agama kepada pendebat dilihat boleh membuka ruang kesempatan kepada kumpulan tertentu dalam negara ini.

ARAU – Tindakan penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 yang mengutarakan tajuk debat menyentuh sensitiviti agama Islam dan al-Quran boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan itu juga boleh ‘memangsakan’ peserta khususnya bagi pendebat yang terpaksa memihak dan menyokong tajuk berkenaan.

“Mengambil kira seandainya saya berada di pihak yang terpaksa menyokong hak transgender atau LGBT, saya berhujah di atas landasan atau bukan semangat sebenar saya sebagai pendebat.

“Oleh kerana nak menang, saya akan mencari hujah dan itu akan menimbulkan trend yang negatif dalam diri saya sehinggakan masyarakat menyangka saya mengeluarkan perkara yang menyanggahi norma masyarakat,” katanya ketika ditemui di Pusat Koreksional Perlis, Gial di sini.

Terdahulu, pada Majlis Simposium Psikologi Kaunseling Zon Utara 2019 yang dirasmikan Komisioner Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad itu Mohd Asri turut menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Institusi Koreksional; Isu, Cabaran dan Solusi’ kepada lebih 100 tetamu hadirin.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata tajuk yang tidak sensitif kepada agama kepada pendebat dilihat boleh membuka ruang kesempatan kepada kumpulan tertentu dalam negara ini.

“Debat ini satu latihan yang bagus bagi kecergasan minda khususnya dalam menjawab hujah atau seumpamanya.

“Bagaimanapun isu yang timbul adalah tajuk itu kelihatan (condong) kepada satu ‘endorsement’ kepada idea daripada golongan tertentu.

“Jika tajuk yang berunsur negatif dan melalui debat mampu menegakkan kebenaran serta memperkenalkan keburukannya kepada umum tidak apa, tetapi dibimbangi ada kesan yang sebaliknya.

“Jadi kena ada disiplin meskipun masyarakat terbuka untuk berdebat apa sahaja,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan penganjur yang memperkenalkan tajuk supaya maksud ayat al-Quran perlu ditulis semula adalah satu tindakan tidak wajar. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *