Bakal haji harus sedia berdepan bencana

SEPANG – Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan […]

Tiada siapa mahu jejaskan Islam sebagai identiti negara

KUALA LUMPUR – “Tiada sesiapa mahu menggadaikan prinsip negara serta menjejaskan agama Islam sebagai identiti Malaysia”. Itu rumusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof selepas bertemu 34 orang yang mewakili 10 NGO Islam, wakil mahasiswa, ahli akademik dan peguam bagi membincangan isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum […]

Edar Bible depan sekolah bukan jenayah – MAINPP

PULAU PINANG – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak bercadang membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini yang tular baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, ini kerana perbuatan berkenaan bukan kesalahan jenayah selain MAINPP sendiri […]

Jangan melampau buat andaian mengenai ICERD – Mujahid

KEPALA BATAS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau membabitkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga ia boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum. Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa […]

Isu ICERD: Ummah jumpa Mujahid Rabu ini

SHAH ALAM – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Rabu ini bagi membincangkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya menerima jemputan itu hari ini untuk mengadakan perbincangan yang dijadualkan berlangsung jam 8.00 […]

JAKIM serap 3,000 guru KAFA ke jawatan tetap

PARIT BUNTAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan […]

Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Belanjawan 2019

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk hal ehwal agama Islam. Jumlah yang diberikan kepada kementerian ini pada belanjawan 2019 ialah sebanyak RM1.2 bilion berbanding RM 1.1 bilion pada tahun lalu. Dengan peningkatan jumlah peruntukan ini, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan atau berniat untuk […]

Mujahid jumpa NGO 7 November

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan rundingan meja bulat bersama wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan cadangan kerajaan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, rundingan tersebut akan diadakan pada 7 November ini di […]

Tindakan tegas sebar doktrin Syiah

KUALA LUMPUR – Kerajaan peka dan memandang serius penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk fahaman Syiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya […]