Home » Langit Terbuka » Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Belanjawan 2019

Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Belanjawan 2019

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, dengan peningkatan jumlah peruntukan itu, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan atau berniat untuk mengabaikan hal ehwal agama Islam

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk hal ehwal agama Islam.

Jumlah yang diberikan kepada kementerian ini pada belanjawan 2019 ialah sebanyak RM1.2 bilion berbanding RM 1.1 bilion pada tahun lalu.

Dengan peningkatan jumlah peruntukan ini, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan atau berniat untuk mengabaikan hal ehwal agama Islam yang mana Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana turut menyediakan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi pelbagai program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif Khairah Ummah untuk melahirkan lebih ramai profesional dari kalangan huffaz serta modul pembelajaran agama menggunakan braille.

Untuk sekolah-sekolah tahfiz dan pondok pula, sejumlah RM75 juta diberikan melalui Kementerian Pendidikan iaitu sekolah tahfiz sebanyak RM50 juta dan sekolah pondok yang berdaftar RM25 juta.

Ini juga membuktikan kerajaan Pakatan Harapan tidak mengabaikan sekolah tahfiz serta sekolah pondok yang berdaftar.

Sehubungan itu, saya selaku menteri yang diberi amanah dan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam akan memastikan kesemua peruntukan yang diberi digunakan sebaiknya serta membelanjakannya dengan telus.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *