Home » Langit Terbuka » Mujahid jumpa NGO 7 November

Mujahid jumpa NGO 7 November

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, rundingan tersebut akan diadakan pada 7 November ini di Putrajaya melibatkan beberapa NGO Islam dan ahli akademik

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan rundingan meja bulat bersama wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan cadangan kerajaan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, rundingan tersebut akan diadakan pada 7 November ini di Putrajaya melibatkan beberapa NGO Islam dan ahli akademik.

“Kita tidak panggil terbuka untuk semua pihak tetapi secara jemputan sahaja terutama melibatkan kumpulan yang mengadakan pelbagai bentuk bantahan terhadap ICERD.

“Walaupun kita jelas mengenai bantahan mereka, namun kita juga mempunyai pendapat dan pendirian kita sendiri mengenai konvensyen tersebut tetapi tiada halangan untuk sama-sama membincangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah 2018 anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, dekat sini .

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Gerakan Pembela Ummah yang mengadakan bantahan terhadap ICERD di bangunan Parlimen, di sini semalam. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *