Yadim salur bantuan RM15,500 kepada 20 nelayan di Melaka

ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menyalurkan bantuan berjumlah RM15,500 kepada 20 penerima khususnya golongan nelayan di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi dekat Masjid Tanah di sini, bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan COVID-19. Sumbangan menerusi Program Bulan Dakwah 2020 Is’ad Al-Usrah dan Musaadah itu disampaikan Menteri di Jabatan […]

Musa’adah Covid-19 YADIM sekitar Kuala Lumpur, Selangor.

MALURI – Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 dan 17 Disember telah mengadakan sumbangan Musa’adah Covid-19 di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sebanyak 500 pek sumbangan diserahkan kepada rakan rakan strategik YADIM untuk mereka mengagihkannya pula kepada golongan sasaran yang telah dikenal pasti. Bermula jam […]

Program Kembara Musa’adah YADIM dan Belia 4B Melaka.

JASIN – Golongan muda sentiasa dilibatkan dalam program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Terbaharu pada 13 Disember, telah dianjurkan Program Kembara Musa’adah YADIM & Belia 4B Melaka yang menjelajah seluruh negeri ini. Sebanyak 20 motosikal berkuasa tinggi serta 10 kenderaan pacuan empat roda terlibat. Selain YADIM, program ini dianjurkan bersama oleh kerajaan Negeri […]

Musa’adah YADIM Negeri Melaka di Rembia

ALOR GAJAH – Program Musa’adah YADIM Negeri Melaka diteruskan untuk hari kedua pada 26 November. Sebanyak 10 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Program hari ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Hijrah Insan Society, Syahbudin Senin, Pengerusi Angkatan Wanita Istiqamah, Rosela Alwi dan […]

150 keluarga asnaf bakal terima manfaat program YADIM Melaka

BUKIT PALAH – Seramai 150 keluarga bakal menerima manfaat sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka menerusi penganjuran Program Musa’adah Negeri Melaka. Program selama dua hari pada 25 dan 26 November itu akan diadakan di beberapa lokasi seperti Durian Tunggal, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Serkam dan Alor Gajah. Ia dianjurkan dengan Kerjasama Pertubuhan Gerakan […]

YADIM Peduli di Jitra

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini. Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf […]

Cuci Cuci dan Musa’adah Covid-19 di Masjid Gong Tok Nasek

KUALA TERENGGANU – Seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam Program i-Khidmat Cuci-cuci Masjid & Musaadah Covid-19 Negeri Terengganu pada 29 Oktober. Program ini dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim di Masjid Gong Tok Nasek di sini. Mereka yang disantuni […]

Sasar raih RM10 juta untuk Tabung Musa’adah

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM10 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 2.0. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, sasaran itu bertujuan membantu lebih banyak pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan. Menurutnya, sebelum ini Jakim berjaya mengumpul sebanyak RM4.8 […]

Musa’adah Covid-19 di Pulau Tuba

LANGKAWI – Umum mengenali Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan, namun Pulau Tuba yang terletak hampir dengannya kurang diberi pendedahan. Menyedari terdapat kewajipan melaksanakan tanggungjawab dakwah di pulau berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Ogos telah melaksanakan Program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19. Program ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Bestuba, yang beroperasi di […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Kedah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 26 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 untuk komuniti ini dan kawasan sekitarnya. Selain menyantuni seramai 20 keluarga miskin, turut diadakan ialah aktiviti pemakaian vest dan penyampaian watikah kepada 3 pengerusi SAR kawasan iaitu  Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai. Program kemudiannya bersambung keesokannya […]