Tulisan Jawi : YADIM Jawap Dong Zong

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menafikan bahawa kenyataan medianya mengenai usaha kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi yang dikeluarkan pada 6 Ogos, merujuk kepada usaha Islamisasi, sebagaimana didakwa oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Sebaliknya, kenyataan yang dipetik itu, iaitu, ‘meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap Jawi dan Bahasa Arab serrta […]

Polis nafi Masjid Al-Mutaqqin diserang

KULIM – Polis menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat. “Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, […]

TH nafi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terowong sesak

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat. Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah […]

PMO nafi kerajaan beri tanah kepada Zakir Naik

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah dan slot dalam rancangan televisyen tempatan kepada pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik. Menurut kenyataan PMO, dakwaan sebuah saluran televisyen berpangkalan di India serta yang berlegar menerusi beberapa media sosial kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah bagi saluran Peace Channel milik Zakir Naik serta […]

TH kekal dibawah bidang kuasa JPM

PUTRAJAYA – Dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa Lembaga Tabung Haji (TH) dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. Pejabat Perdana Menteri menegaskan, TH kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan perkara itu tidak berubah dengan pengenalan syarikat tujuan khas (SPV), seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet. “Pemindahan […]

MOF nafi umrah hanya boleh melalui Tabung Haji

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) termasuk Menterinya, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan umrah melalui Tabung Haji sahaja. Kementerian itu dalam satu kenyataan turut menafikan mengeluarkan kenyataan menghalang agensi pelancongan bebas atau syarikat pelancongan swasta daripada menawarkan dan mengendali pakej-pakej umrah. “Tuduhan yang dilemparkan oleh […]

RTM nafi kurang program agama 20 peratus

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan RTM akan mengurangkan program agama sebanyak 20 peratus dan menyekat penyampai berita beragama Islam daripada memakai tudung, tidak benar sama sekali. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penyiaran Malaysia, pihaknya akan meneruskan program agama sedia ada kerana ia mendapat sambutan amat baik daripada penonton. Katanya, begitu juga dengan penyampai berita dan […]

Dakwaan ruang udara diceroboh tidak benar

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran yang menceroboh ruang udara negara di Johor adalah tidak benar. Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara tersebut. “Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara […]

Maszlee nafi isu 1MDB akan diajar dalam subjek Sejarah

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari menafikan laporan media yang menyatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia. Sebaliknya Shahrul berkata, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia. “Laporan media memetik […]

Mufti Negeri Sembilan nafi saran batal himpunan ICERD

BANGI – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyarankan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak diteruskan. Kesal dengan perkara itu, Mohd Yusof menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor […]