Hari Terbuka NGO Islam Terengganu 2022 himpun lebih 200 pemimpin

KUALA TERENGGANU – Selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat Covid 19, Hari Terbuka Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terengganu 2022 yang diadakan di sini pada 31 Mei, berjaya menghimpunkan lebih 200 pemimpin badan badan berkenaan. Mewakili 58 NGO yang bergiat aktif di negeri ini, mereka berhimpun dengan permuafakatan antara NGO Islam sebagai fokus utama […]

Pertemuan NGO Islam Terengganu 2022

KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan […]

Kerajaan akan lebih responsif dan sensitif kepada NGO Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen kerajaan akan lebih responsif dan sensitif terhadap badan-badan kerajaan (NGO) Islam. Beliau turut berkongsi pendirian yang sama dengan NGO-NGO Islam yang mahu usaha-usaha mengangkat kesucian agama Islam dan menjaga kemurniaan akidah Muslim. Katanya, beliau menyedari pengaruh ideologi liberalisme dan sekularisme, LGBT serta gerakan menuntut undang-undang […]

Mengiktiraf Peranan NGO Islam

Pada 19 September ini, hampir 300 wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini akan berhimpun dan mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan negara. Pertemuan itu merupakan detik bersejarah dan amat penting dalam memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan NGO Islam di negara ini dalam pelbagai aspek termasuk memacu pembangunan negara. Sememangnya, peranan NGO Islam ini […]

Halatuju MAIM 2020 – 2021

BANGI – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) selaku antara entiti utama di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak dinafikan memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan […]

25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD

KOTA KINABALU – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk negeri Sabah yang diadakan hari ini (16 Oktober) di sini. Mesyuarat berkenaan adalah bagi tujuan perancangan dan penyusunan semula aktiviti dakwah di negeri ini untuk tahun 2020 hingga 2025. Antara NGO yang menghantar wakil termasuklah […]

Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah YADIM Sarawak

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak hari ini (15 Oktober) mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah di negeri ini yang bertujuan membincangkan operasi dan hala tuju bidang dakwah Islamiah di negeri ini. Mesyuarat yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga […]

Muktamar MAIM 2016 angkat 7 resolusi

KUALA LUMPUR, 26 Februari  – Muktamar Majlis Amal Islami (MAIM) 2016 yang menghimpunkan pimpinan dan pendukung utama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seluruh negara yang berlangsung semalam telah mengangkat tujuh resolusi dalam menggerakkan usaha bersepadu ke arah perpaduan ummah. Dalam usaha tersebut, umat Islam negara ini harus menginsafi bahawa: Perpaduan sesama umat Islam harus dibina […]