Home » Citra Yadim » Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah YADIM Sarawak

Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah YADIM Sarawak

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak hari ini (15 Oktober) mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah di negeri ini yang bertujuan membincangkan operasi dan hala tuju bidang dakwah Islamiah di negeri ini.

Mesyuarat yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat serta Pengarah Bahagian Pembangunan Daie, Muhammad Ashraf Ab Malek.

Hadir sama ialah wakil wakil badan bukan kerajaan Islam di negeri ini.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Awang Dulhadi sebelum Nik Omar menyampaikan amanatnya mengenai betapa YADIM Sarawak memainkan peranan besar dalam menyebar luas dakwah di negeri tersebut.

Shamsudin kemudiannya memberikan taklimat mengenai penjajaran semula Majlis Tindakan Dakwah di negeri itu.

Awang selepas itu membentangkan laporannya mengenai operasi dan program Majlis Tindakan Dakwah di Sarawak yang telah berjalan.

Ahli ahli mesyuarat kemudiannya membincangkan  tentang pelan operasi Majlis Tindakan Dakwah Sarawak bagi tahun 2020 hingga 2025.

Tuan Kamarul Arief kemudiannya membuat rumusan mengenai dapatan mesyuarat yang dilaksanakan hari ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *