Ceramah langsung dari Baitulmaqdis antara pengisian Minggu Al-Quds Yadim

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini berpeluang menyaksikan ceramah yang dibawakan istimewa secara langsung dari Baitulmaqdis sempena penganjuran Minggu Al-Quds 2022. Program khas julung kali berkenaan antara pengisian diatur oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebagai penganjur bersama-sama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Menurut agensi tersebut, pelancaran minggu itu telah disempurnakan oleh Penasihat Nadwah Ilmuwan Muslim Malaysia, […]

Hamas beri amaran, serangan di Baitulmaqdis bakal cetuskan perang serantau

BAITULMAQDIS – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amaran kepada rejim penjajah Isr4el dan peneroka haram supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis. Pemimpin Hamas, Khaled al- Batsh menegaskan, sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds bakal mencetuskan perang serantau secara besar-besaran. Rakyat Palestin sebelum ini bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota […]

Komuniti Palestin Kajang disantuni

KAJANG – Selepas Ampang, giliran komuniti Palestin di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi membantu meringankan beban akibat terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini. Seramai 50 warga Palestin menerima sumbangan wang tunai RM500 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini pada 16 November. Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif […]

Warga Palestin terus dapat pembelaan

KUALA LUMPUR – Nasib warga Palestin yang menetap di negara ini terus mendapat perhatian banyak pihak. Terbaharu menerusi kerjasama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan rakan badan bukan kerajaan, Hand of Charity, seramai 50 warga Palestin yang terjejas akibat Covid-19 menerima sumbangan dana bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan […]

RM5 juta buat Palestin bina semula Klinik Al-Remal

PUTRAJAYA – Malaysia menyumbang RM5 juta kepada Palestin untuk membantu usaha membina semula Klinik Al-Remal yang menempatkan satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza yang mengalami kerosakan akibat serangan udara Israel pada Mei. Pertukaran Nota (EoN) mengenai sumbangan itu dimeterai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kementerian Luar […]

Lagi serangan ke atas Gaza

BAITULMAQDIS – Isr@el melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada 12 September. Tentera rejim Zionis berkata, pihaknya menyerang sasaran milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang memerintah Gaza. Tidak ada laporan mengenai korban jiwa dalam serangan berkenaan. Tentera Isr@el mendakwa, serangan pada Ahad sebagai tindak balas tembakan roket Palestin ke wilayahnya. Ketegangan antara Isr@el dan Palestin […]

Nama Malaysia diabadikan di sebatang jalan di Gaza

GAZA – Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, pada Selasa.   Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat bandar raya Gaza.   Beliau […]

Ebit Lew berjaya jejak kaki ke Gaza

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini.   Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi.   Menurut Ebit, Kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir memaklumkan mereka adalah pasukan pertama dunia dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas […]

‘Jangan berkompromi dengan Israel’ – NGO Islam

KUALA LUMPUR – Malaysia, Indonesia dan Brunei perlu terus konsisten dan tidak berkompromi dengan rejim Zionis walaupun rejim terbabit mahu menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara ini bagi memperbetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.     Gesaan itu dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Masjid […]

Mesir bantu NGO Malaysia salurkan bantuan ke Gaza.

KUALA LUMPUR – Mesir dan Malaysia akan bekerjasama menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza menerusi pintu sempadan Rafah.     Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dibincangkan dengan rakan sejawatan dari Mesir, Sameh Hassan Shoukry di Kaherah ketika lawatan kerja beliau […]