Solat Jumaat, berjemaah dibenarkan di masjid, surau di beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini (15 Mei) dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau. Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]

Pulau Pinang belum beri kebenaran guna masjid, surau

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan sebarang aktiviti diadakan di dalam masjid dan surau termasuk solat Jumaat bersyarat seperti yang akan dilakukan di Perlis mulai 15 Mei ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sebelum ini memang ada cadangan untuk membuka sebahagian […]

Perlis benar solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei

KANGAR – Kerajaan Perlis memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali di negeri itu. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini (8 Mei) menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku […]

Raja Perlis titah solat Jumaat diganti dengan solat zohor di rumah

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat di negeri itu pada 13 Mac digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing. Titah tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan Covid-19 serta menerima panduan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. “Maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis […]

‘Pertama selepas dua tahun, terima kasih YADIM’

KANGAR – “Dua tahun lepas, itu kali terakhir kami terima sumbangan atau kunjungan pihak yang hulur bantuan. “Selepas itu YADIMlah yang pertama hadir hari ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke kediaman kami,” kata Syahida Syafie, 38, seorang suri rumah yang ditemui di Kampung Padang Pauh di sini pada 20 Februari. Syahida berkata demikian kepada […]

Penutupan Gerbang Pra Siswa Perlis

ARAU – Program Gerbang Pra Siswa Perlis yang diadakan di sini, telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Penutupan di Kolej Matrikulasi Arau di sini pada 16 Februari, turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Arau, Mohd Huzairi Hasan dan Pengarah Bahagian […]

Ziarah rahmah Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis, bersama Hidayah Centre Foundation baru baru ini telah sama sama menyantuni para pesakit di Hospital Tuanku Fauziah di sini. Dalam program pada 17 September lalu itu,  sejumlah 50 orang pesakit telah disantuni menerusi pemberian hamper makanan dan buku. Menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM ialah Pengarah Perlis, Zuhri […]

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur mengecualikan Dr Zakir Naik daripada acara di negeri itu yang bermula hari ini (16 Ogos). Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu. “(Tangguh acara Dr Zakir) bukan kerana benci pada dia tetapi untuk kebaikan dia dan […]

Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan. Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah […]

Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Lembaga Zakat Negeri Kedah melantik Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sebagai ejen korporat untuk mengutip zakat bagi kedua-dua lembaga itu mulai tahun ini. Mercy Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi kemanusiaan di 32 negara. Pelantikan itu membolehkan Mercy Malaysia […]