Home » Langit Terbuka » Raja Perlis titah solat Jumaat diganti dengan solat zohor di rumah

Raja Perlis titah solat Jumaat diganti dengan solat zohor di rumah

Titah agar solat Jumaat digantikan dengan Zohor dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan. - Foto MStar

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat di negeri itu pada 13 Mac digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing.

Titah tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan Covid-19 serta menerima panduan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

“Maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis menjunjung perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *