PTPTN bantu 20 peminjam asnaf teroka niaga dalam talian

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program PTPTN Prihatin akan memberikan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM100,000 kepada 20 peminjam kategori asnaf bagi memulakan perniagaan secara dalam talian.   Program itu mendapat kerjasama FGV Agro Fresh Technology Sdn Bhd iaitu anak syarikat FGV Holdings Berhad yang mengendalikan perniagaan menjual barangan keperluan harian […]

Wajib bayar hutang PTPTN

KUALA NERUS – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib melangsaikan setiap hutang mereka tanpa memberikan sebarang alasan semata-mata untuk mengelak pembayaran tersebut. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan peminjam tabung berkenaan membayar hutang bakal menjejaskan peluang para pelajar lain untuk mendapatkan bantuan berkenaan selepas ini. Katanya, sebagai umat […]

PTPTN umum dividen empat peratus SSPN

Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2018 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pemberian dividen berkenaan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM114.55 juta dan akan memberi manfaat kepada 3.91 […]

Badan pemikir, aktivis gesa PTPTN jelaskan sumbangan zakat RM1 juta

PETALING JAYA – Sebuah badan pemikir menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjelaskan sumbangan RM1 juta kepada Lembaga Zakat Kedah kerana bimbang dengan tanggapan konflik kepentingan. Ini kerana, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berasal dari Kedah dan bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada pilihan raya […]

Saya lebih percaya Lembaga zakat

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran zakat yang dibuat oleh institusi itu selepas mendapat nasihat lembaga zakat. Beliau menjawab kritikan bahawa pembayaran tersebut tidak perlu dibuat memandangkan PTPTN bukan sebuah perniagaan dan malah kini menanggung hutang. Wan Saiful berkata beliau tidak berminat untuk mempolitikkan isu pembayaran zakat PTPTN. […]

PTPTN mampu beri pinjaman walaupun berdepan hutang peminjam lama

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mempunyai dana dan mampu memberi pinjaman kepada generasi baru walaupun berdepan kekangan kewangan akibat tunggakan peminjam lama. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, kemampuan institusi itu berbuat demikian berdasarkan sumber daripada institusi kewangan sedia ada. “20% daripada 1.8 juta peminjam tidak membuat bayaran langsung walaupun […]

PTPTN perlu masa kaji semula kaedah bayaran balik pinjaman

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik pinjaman pendidikan. Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum […]

PTPTN : Kementerian akan keluar kenyataan rasmi bila tiba masanya

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penangguhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR). Bagaimanapun, Menterinya, Dr. Maszlee Malik tidak menyebut secara spesifik bila kenyataan itu akan dikeluarkan sebaliknya memberi bayangan yang ia bakal diumumkan sebaik tiba masanya kelak. “Kita akan membuat kenyataan rasmi […]

Mekanisme pembayaran baharu PTPTN ditangguhkan

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan mekanisme pembayaran baru Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) akan ditangguhkan. Maszlee berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh. Menurutnya, proses berkenaan adalah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka. Baru-baru ini PTPTN […]

Peminjam PTPTN tidak boleh lari lagi

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini. Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak […]