Home » Langit Terbuka » PTPTN : Kementerian akan keluar kenyataan rasmi bila tiba masanya

PTPTN : Kementerian akan keluar kenyataan rasmi bila tiba masanya

Menteri Pendidikan tidak menyebut secara spesifik bila kenyataan itu akan dikeluarkan sebaliknya memberi bayangan yang ia bakal diumumkan sebaik tiba masanya kelak - Foto mStar

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penangguhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR).

Bagaimanapun, Menterinya, Dr. Maszlee Malik tidak menyebut secara spesifik bila kenyataan itu akan dikeluarkan sebaliknya memberi bayangan yang ia bakal diumumkan sebaik tiba masanya kelak.

“Kita akan membuat kenyataan rasmi bila sampai waktunya nanti,” katanya ketika ditanya
pemberita selepas pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian  Pendidikan, Dr. Mohd. Gazali Abas; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Kelmarin, Maszlee dalam akaun Twitter miliknya berkata, langkah penangguhan itu diambil buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan.

Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019.

Potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji
peminjam.

Seorang peminjam dengan gaji bulanannya RM2,000 perlu membayar RM40 sebulan manakala mereka yang memperoleh RM8,000 perlu mengeluarkan RM1,200 sebulan.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi negatif termasuk kalangan pemimpin dalam kerajaan – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *