Akad nikah secara fizikal di Selangor mulai Isnin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dilakukan secara fizikal di negeri itu berkuat kuasa Isnin depan (22 Jun) dengan syarat-syarat tertentu. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, majlis akad nikah itu hanya boleh diadakan di masjid atau di pejabat agama Islam daerah dalam kes tertentu yang […]

Selangor naikkan jumlah jemaah, korban hanya di masjid

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan penambahan bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan fardu di masjid seluruh negeri itu bermula esok (19 Jun). Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan hari ini berkata, baginda berkenan membenarkan 250 orang berbanding 40 jemaah menghadiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]

Jakess buka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) hari ini (10 Jun) membuka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Menerusi kenyataan Jakess memaklumkan, penjadualan semula prosiding akan dibuat bagi kes yang sudah didaftarkan sebelum ini dengan memastikan penjarakan sosial kekal diamalkan di mahkamah. Orang ramai juga boleh menyemak […]

Solat Jumaat, 5 waktu untuk orang awam di Selangor ditangguh hingga 30 Jun

SHAH ALAM – Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu untuk orang awam di masjid serta surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan Covid-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata sepanjang tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah yang […]

Solat Jumaat, berjemaah dibenarkan di masjid, surau di beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini (15 Mei) dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau. Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]

COVID-19: Sultan Selangor titah tangguh solat jemaah di masjid hingga akhir Mei

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat jemaah dan aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid dan surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 31 Mei depan. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata walaupun berat hati, titah baginda itu adalah demi kesejahteraan rakyat di […]

Program ‘Smart Camp, Strive To Success’ KEMUDA

HULU LANGAT – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus bergerak menyantuni generasi muda dengan penganjuran program program yang bermanfaat untuk mereka. Terbaharu pada 7 Mac, bertempat di Kem King Fisher di sini , KEMUDA telah menganjurkan program ‘Smart Camp, Strive To Success’. Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Belia […]

Waktu solat subuh Selangor berubah lapan minit esok

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa. Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H. “Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit […]

Mahkamah tolak permohonan Sisters in Islam batal fatwa Selangor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam kes yang difailkan lima tahun lalu. Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu. “Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang […]

Kes cerai di Selangor berkurang sejak 2016

SHAH ALAM – Kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Selangor menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun lepas, kata Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Mohammad Adib Husain. Beliau berkata bagi tempoh tersebut, rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menunjukkan 11,860 permohonan cerai difailkan tahun lepas berbanding 12,203 kes pada 2017 dan 12,513 kes (2016). Mohammad […]