Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka

KAHERAH – Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini. Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan. “Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama. […]

Islamofobia semakin tidak terkawal

KAHERAH – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa penyebaran Islamofobia dalam kalangan komuniti antarabangsa ketika ini dilihat semakin tidak terkawal. Menurutnya, ucapan dan kenyataan kebencian serta anti-Islam juga telah memasuki media arus perdana selain tersebar ‘seperti api yang sedang marak’ dalam media sosial. “Di seluruh dunia, kita menyaksikan peningkatan anti-Islam, […]

Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza

LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]

Wanita New Zealand berhijab hari ini

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini. Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony atas inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand iaitu Thaya Ashman. Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan […]

Kes tembakan di Christchurch: Jangan buat sebarang spekulasi

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menasihatkan pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin mengenai status rakyat Malaysia yang masih hilang dalam kes tembakan di Christchurch, New Zealand. Menurut Wisma Putra, sehingga pukul 4 petang tadi (19 Mac) (9 malam waktu New Zeland), polis New Zealand mengumumkan bahawa proses bedah […]

Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand. Setiausaha Kedua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Azhari Azmi berkata mangsa, Mohd Tarmizi Shuib, sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch. “Kita dimaklumkan oleh isteri mangsa bahawa beliau sedang dirawat di Hospital Christchurch tetapi kita […]

Undang-undang baharu untuk lindungi institusi diraja

PUTRAJAYA – Undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, pindaan akan turut dibuat pada undang-undang sedia ada bagi tujuan yang sama. “Sistem negara kita ialah sistem Raja Berperlembagaan. Jadi kerajaan perlu sentiasa […]