Menurutnya, ucapan dan kenyataan kebencian serta anti-Islam juga telah memasuki media arus perdana selain tersebar ‘seperti api yang sedang marak’ dalam media sosial.

“Di seluruh dunia, kita menyaksikan peningkatan anti-Islam, perkauman dan xenophobhia. Ini tersebar luas di negara-negara liberal demokrasi dan autoritarian,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Middle East Eye.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Universiti al-Azhar di sini.

Guterres merujuk serangan pengganas kulit putih di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu sebagai contoh kebencian anti-Islam.