KUALA LUMPUR – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini.
Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian, âScarves in Solidarityâ juga memulakan kempen memakai tudung hari ini.
Pelajar dari Victoria University of Wellington Studentsâ turut menyokong kempen tersebut dan berkongsi gambar memakai tudung di dalam Instragram mereka.
âAs salam alaylum! Hari ini adalah Hari Hijab Nasional @ vikmuslimclub mengajak setiap wanita mengenakan hijab sebagai tanda solidariti untuk komuniti muslim.
âMereka yang mempunyai tudung, gembira untuk menunjukkan kepada anda cara memakainya,â tulisnya. – Utusan Malaysia
KOMEN