Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong seru rakyat hulur bantuan

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia supaya menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan. Baginda bertitah, bantuan kemanusiaan perlu disalurkan sekiranya kedua-dua negara terbabit memerlukan bantuan. “Kalau perlukan bantuan, kita hulurkan bantuan dan harus beri bantuan,” titah baginda […]

YADIM peruntukkan RM50,000 bantu mangsa banjir

KUALA NERUS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan RM50,000 dalam menjayakan misi fasa awal bantuan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, sejak Khamis lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, misi itu meliputi agihan pek makanan, ibadat dan keperluan peribadi, selain gotong-royong disertai lebih 150 sukarelawan YADIM. Beliau memberitahu, YADIM mengambil […]

Misi Bantuan Banjir Pelbagai Inisiatif Digerakkan, YADIM Sasar Sumbangan RM500,000

PUTRAJAYA – Sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini, YADIM mensasarkan untuk mendapatkan RM500,000 bagi disalurkan kepada mangsa banjir seluruh negara. Sejumlah RM250,000 telah diperolehi pada masa ini hasil sumbangan individu, korporat, institusi berkaitan dan peruntukan dalaman. Peruntukan ini akan digunakan bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai inisiatif seperti bekalan keperluan harian, lampin pakai buang, tuala […]

SAY terus dekat dengan masyarakat

SUNGAI PETANI – Sukarelawan YADIM (SAY) akan kekal dioperasikan sebagai ejen dakwah paling rapat dengan masyarakat. Justeru, mereka bukan sekadar menyantuni masyarakat, tetapi juga sebagai penghubung antara komuniti dan badan dakwah ini. Sesuai dengan peranan itu, SAY Sungai Petani bersama YADIM Kedah pada 27 November menyampaikan 40 kit makanan kepada asnaf di sekitar Pusat Gerakan […]

Ibu tunggal punyai anak buta gembira terima bantuan Yadim

SERI KEMBANGAN: “Saya bersyukur menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban,” kata penghantar makanan, Azimah Abd Rahim. Azimah, 37, yang tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi video memperlihatkan dia membawa bersama anak perempuannya yang buta berusia enam tahun ketika bekerja sebagai penghantar makanan. Dia […]

Jasamu membenteng negara tidak dilupa

SIMPANG EMPAT – Pada 16 September, program Konvoi Kemerdekaan YADIM yang sempena sambutan Hari Malaysia berjalan serentak di seluruh negara. Di Perlis pula program telah dimulakan dengan qiyamulail di Masjid Uthman Affan, Kampung Surau seawal 5 pagi. Slot tazkirah Subuh menyentuh perihal kemerdekaan diisi oleh pendakwah bebas terkemuka, Ustaz Hashim Othman. Konvoi ini bermatlamat untuk […]

15 keluarga ibu tunggal disantuni SAY Kuala Langat pada Hari Malaysia

SIJANGKANG – Sempena menyambut hari Malaysia pada 16 September, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) telah bekerjasama mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat. Seawal 8 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa selamat sebelum acara pelepasan konvoi bermotosikal SAY Kuala Langat oleh penceramah bebas, Ustaz Hisham Sauti. Pada sambutan […]

100 peserta meriahkan Konvoi Ziarah Merdeka 2022 Yadim

GOMBAK – Seramai 100 peserta menyertai program Konvoi Ziarah Merdeka 2022 yang terdiri daripada kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), masyarakat setempat serta peserta rancangan realiti Akademi Daie Muda Yadim. Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, program anjuran Yadim tersebut bertujuan untuk membawa mesej keamanan dan kesyukuran di kalangan masyarakat Malaysia […]

Komuniti Sungai Lang terima sumbangan SAY Kuala Langat

BANTING – Terima kasih kerana datang menjenguk kami…. ringkas sahaja ucapannya. Namun ia diungkapkan setulus hati. Dizahirkan tanpa dipinta, sebagai tanda terima kasih atas ingatan pada mereka. Demikian yang diterima oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semasa mereka menyampaikan sumbangan kepada 15 keluarga di Kampung Sungai Lang Lama,Sungai Lang Baru Dan Kampung Sungai Kelambu di […]

Walapun rumah sewa tetapi…

KUALA SELANGOR – “Saya tak cukup kuat nak tengok kawasan yang terbakar…walaupun ini cuma rumah sewa…tutur Puan Nur Syahidah Salleh ketika ditemui Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor yang menziarahi keluarganya di Kampung Bagan Tengkorak di sini pada 25 Ogos. Ibu kepada empat anak ini kehilangan kediamannya yang terbakar dalam kejadian pada pagi 24 Ogos. Sebahagian […]