Home » Langit Terbuka » 100 peserta meriahkan Konvoi Ziarah Merdeka 2022 Yadim

100 peserta meriahkan Konvoi Ziarah Merdeka 2022 Yadim

GOMBAK – Seramai 100 peserta menyertai program Konvoi Ziarah Merdeka 2022 yang terdiri daripada kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), masyarakat setempat serta peserta rancangan realiti Akademi Daie Muda Yadim.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, program anjuran Yadim tersebut bertujuan untuk membawa mesej keamanan dan kesyukuran di kalangan masyarakat Malaysia pelbagai latar belakang.

“Peserta konvoi ada yang berkereta, menaiki motor dan pacuan empat roda. Kami cuba santun sebanyak mungkin kumpulan masyarakat atas semangat Keluarga Malaysia sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Ini kali keempat dianjurkan cuma kembara yang bermula di Hulu Langat dengan skala ini adalah kali pertama. Selepas ni kami nak sambung kempen bulan dakwah pula,” katanya ketika ditemui di ‘checkpoint’ kedua, Hospital Orang Asli, di sini.

Selain sumbangan barangan dan makanan, kit ibadah juga turut diberi selain bahan bacaan panduan ibadah terbitan pertama Yadim kepada pesakit di hospital tersebut.

“Kami cetak sebanyak 2,000 buah dan bagi kepada pesakit di sini sebanyak 200 buah sebagai mesej bahawa ibadah tidak boleh ditinggalkan ketika sakit.

“Buku Panduan Ibadah ini juga kami terbitkan dalam bahasa Temuan bagi memudahkan pembacaan pesakit yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *