Malaysia mohon 20,000 kuota tambahan haji

BANGI – Kerajaan akan memohon 20,000 kuota tambahan haji untuk musim haji tahun depan bagi membolehkan lebih ramai jemaah dari negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pada masa ini kuota haji tetap untuk Malaysia adalah 30,200 dan pihaknya mahu memohon kuota tambahan bagi […]

Kerajaan tanggung premium RM10.3 bilion untuk selamatkan TH serta pelan penstrukturan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menanggung premium RM10.3 bilion untuk memastikan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pulih. Menurut Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), langkah itu adalah sebahagian daripada pelan penyelamat dan penyusunan semula dana haji. UJSB yang merupakan unit milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) menyelesaikan pemindahan aset tidak berbayar bernilai RM9.63 bilion yang dipegang […]

Program Iqra’ TH sumbang RM5 juta bantu pelajar asnaf

KUALA LUMPUR – Prihatin terhadap nasib pelajar berstatus asnaf, Lembaga Tabung Haji (TH), menyumbang sebanyak RM4.5 juta kepada enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang. Ia bakal dimanfaatkan lebih 2,200 pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya […]

Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih RM815 juta bagi separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan langkah penjimatan kos, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kedudukan keseluruhan TH kekal stabil setakat 30 Jun lalu dengan asetnya berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion – perbezaan sebanyak RM1.8 bilion. […]

Lebih 700,000 Pendeposit Tabung Haji Tidak Aktif

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menetapkan 1 November 2019 sebagai tarikh akhir bagi pendeposit tidak aktif untuk mengaktifkan akaun masing-masing untuk mengelakkan risiko kehilangan manfaat sebagai pendeposit akaun aktif TH. TH dalam satu kenyataan berkata, ia telah mengenal pasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH (sehingga akhir Ogos 2019) melibatkan jumlah simpanan sebanyak […]

Pegangan TH dalam TNB makin bertambah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion atau secara drastik sejak tiga bulan lalu sebaliknya terus mengambil peluang untuk melabur dalam pasaran ekuiti domestik bagi mengukuhkan portfolio pelaburannya. Sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestik TH telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018, kepada […]

Hasyudeen dilantik Pengarah Urusan Kumpulan TH baharu

PUTRAJAYA – Tokoh korporat dan akauntan bertauliah, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa pada 1 September ini. Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang menamatkan kontrak perkhidmatannya lebih awal atas faktor kesihatan selepas menyumbang lebih setahun di institusi kewangan […]

Sembilan jemaah meninggal di Tanah Suci

MEKAH – Seramai sembilan jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini dengan kematian terbaharu dilaporkan membabitkan seorang jemaah wanita semalam (11 Ogos). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Allahyarham Faridah Abdul Altif, 65, dari Pahang itu meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan ibadat melontar di jamrah. Jemaah […]

TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

MAKKAH – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 malam tadi (5 Ogos), selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari […]

Jemaah haji Malaysia bergerak ke Arafah pagi Jumaat

MAKKAH – Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mula bergerak ke Arafah untuk ibadah Masyair pada awal pagi Jumaat ini. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, mereka akan bergerak dalam tiga kumpulan perjalanan bas iaitu pada 5.30 pagi, 7.30 pagi dan 9.30 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 10,000 jemaah […]