Aiman Tino, Khai Arba serta Sukarelawan YADIM, santuni komuniti Tanjung Dahan.

KUALA SUNGAI BARU – “Program menyantuni orang ramai seperti dianjurkan YADIM ini memang bermanfaat untuk semua. “Harap ia diteruskan lagi pada masa akan datang. “Kami berbangga dan sanggup bersama YADIM untuk tujuan ini,” kata penyanyi terkemuka tanah air Aiman Tino dan penyampai radio dan berita RTM Khai Arba. Keduanya berkata demikian pada program YADIM Peduli: […]

Program Musaadah YADIM Melaka

TANJUNG DAHAN – Pada 13 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat di sekitar daerah Alor Gajah. Selepas selesai bersama Orang Asli di Bukit Sebang pada sebelah pagi, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf yang dikenalpasti di kawasan ini. Program ini diadakan dengan rakan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Usahawan […]

Ziarah asnaf, Is’ad Al Usrah di Batu 32 Kampung Kuala Linggi

TANJUNG DAHAN – Inisiatif Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, diteruskan pula di Batu 32. Terkini pada 20 Disember, YADIM menyantuni seorang warga emas, Robiah Osman menerusi pembaikan tandas di kediamannya. Sebanyak RM2000 diperuntukkan untuk tujuan berkenaan. YADIM serta rakan kerjasamanya, badan bukan kerajaan MyFundaction turut menyumbang barang keperluan harian kepada […]

Yadim salur bantuan RM15,500 kepada 20 nelayan di Melaka

ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menyalurkan bantuan berjumlah RM15,500 kepada 20 penerima khususnya golongan nelayan di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi dekat Masjid Tanah di sini, bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan COVID-19. Sumbangan menerusi Program Bulan Dakwah 2020 Is’ad Al-Usrah dan Musaadah itu disampaikan Menteri di Jabatan […]