Home » Citra Yadim » Program Musaadah YADIM Melaka

Program Musaadah YADIM Melaka

TANJUNG DAHAN – Pada 13 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat di sekitar daerah Alor Gajah.

Selepas selesai bersama Orang Asli di Bukit Sebang pada sebelah pagi, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf yang dikenalpasti di kawasan ini.

Program ini diadakan dengan rakan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi,  Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Persatuan Alumni Politeknik Melaka, Persatuan Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp dan Sukarelawan YADIM Melaka.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan dan mengecat sebuah rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 30 keluarga dan kakitangan B40 SWCorp.

Hadir ke program ini ialah Peangarah SWCorp Melaka, Khairul Adha Ab Mutalib, Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Ab Rahim, Persatuan Alumni Politeknik Melaka, Khairul Nizam Khairuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Tanjung Dahan, Haji Yasni Yang Ghazali.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *